Oleh: Mail Mathew
Datuk Yong Teck Lee berucap pada sambutan Pesta Kaamatan di Kg Pulong, Tenom. |
Beliau berkata, kenyataan Datuk Salleh itu amat mengecewakan segenap lapisan rakyat kerana sikapnya yang tidak patriotik untuk mempertahankan hak asasi rakyat negeri ini malah sanggup memperlekehkan perjanjian 20 perkara sebagai tidak wujud lagi.
Kelihatan Datuk Yong menumbuk padi bersama pemimpin SAPP sebagai simbolik merasmikan Pesta Kaamatan |
“Saya tidak tahu sumber mana Datuk Salleh perolehi peraturan tersebut atau mungkin beliau sudah berada dalam situasi menggelabah kerana mendapat tahu bahawa kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) sukar untuk mempertahankan kerajaannya pada Pilihanraya umum kali ke-13 ini,” tambahnya.
Tegasnya, dalam ertikata yang lain bahawa perjanjian Malaysia yang ditanda tangani sekitar tahun 1963 masih segar dan masih berkuatkuasa kerana ianya tidak mempunyai had tempoh luput. Bagaimana pun sekiranya ia diputuskan tidak sah, bermakna segala perjanjian yang terlibat pada ketika itu semuanya tidak sah dan batal.
Selain itu, Datuk Yong turut membangkitkan perkara lain dimana pada baru-baru ini dua bekas penjawat awam menyaman kerajaan berhubung isu Borneonisasi Perkara 8 sepertimana termaktub dalam 20 Perkara dibenarkan oleh Mahkamah untuk dibicarakan.
Tambahnya, adalah jelas memberi gambaran bahawa perjanjian 20 Perkara masih relevan mengikut pandangan Mahkamah. Jikalau tidak sudah pasti ianya sudah ditolak oleh Mahkamah daripada meneruskan saman kedua-dua plaintif.
Sekumpulan para ibu menunjukkan ‘skill’ bagaimana menampi padi menggunakan ‘lilibu’ yang dipanggil ‘manili’ |
Turut dibangkitkan Yong adalah masalah tanah NCR yang kini semakin kronik kerana terdapat banyak insiden dimana rakyat terpaksa merengkok ke dalam penjara kerana atas tuduhan menceroboh kawasan larangan Hutan Simpan sedangkan kawasan itu adalah kawasan tanah NCR.
“Kita akan kembalikan hak mereka apabila SAPP menjadi kerajaan dan dalam masa yang sama kita batalkan pemberian geran komunal dengan syarat rakyat harus bersama sama dengan kita untuk ‘tukar baju atau tukar kerajaan’ pada pilihanraya umum kali ke-13 nanti,” tegas Yong.
“Kalau kita tiada tanah, siapa yang peduli kita...malah tanah merupakan aset kita untuk menentukan arah kemajuan sosio ekonomi kita untuk menjana penghidupan yang lebih bermakna demi anak cucu cicit kita,” tambahnya.
Dalam pada itu, berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan, Yong turut menekankan bahawa SAPP akan terus menghormati serta memelihara perayaan itu yang penuh dengan pengisian adat dan senibudaya suku kaum KDM yang telah diwarisi sejak turun temurun sejak dari nenek moyang masyarakat itu daripada pupus ditelan zaman.
“Kita percaya bahawa pesta yang mempunyai misi keadatan itu sudah pasti antara lainnya akan memberi galakkan untuk menambah nilai pendapatan padi yang menjadi sumber makanan kita pada tahun-tahun mendatang...selain itu ia juga merupakan majlis khas untuk mensyukuri bambarayon atau kinoingan yang memberi berkat dan limpahan rezeki kepada kita,” tegas Datuk Yong.
Yong seterusnya berkata, sekitar tahun 1997 ketika beliau menjadi Ketua Menteri, pengeluaran beras tempatan adalah sepertiga dari kegunaan keseluruhan di negeri ini iaitu sebanyak 100,000 tan metrik. Bagaimana pun, sekiranya SAPP ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan selepas Pilihanraya umum kali ke-13, parti itu telah siap membuat perancangan untuk 5 tahun kehadapan dimana sejumlah RM500 juta akan dilaburkan untuk menerokai tanah seluas 100,000 hektar khusus untuk tanaman padi.
Jangkaan itu besar kemungkinan bahawa negeri ini tidak lagi terlalu bergantung kepada pengimpotan makanan khususnya beras kerana berdasarkan fakta itu ianya mampu berdikari malah berkemungkinan Sabah merupakan salah satu pengeksport beras kepada negara luar kelak, tegas Yong.
No comments:
Post a Comment