Kenapa rakyat Sabah harus memilih STAR

Oleh Maslan Maginda
Senario politik di Malaysia hari ini sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS kerana kerajaan persekutaan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah walaupun tanpa Sabah dan Sarawak. Datuk Dr Jeffery Kitingan pengerusi Parti STAR Sabah, telah menjelaskan kepada rakyat di seluruh negeri ini agar memilih parti STAR pada pilihanraya ke 13 untuk menyelamatkan Sabah daripada terus dikuasai oleh kerajaan Barisan National dan UMNO yang dilihat sudah menjajah Sabah dan sewenang-wenangnya melanggar Perjanjian Malaysia.
 
STAR adalah sebuah parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Datuk Dr Jeffery juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah, yang STAR akan menyelesaikan segala isu yang membabitkan hak-hak rakyat apabila STAR memerintah nanti.
 
Beliau telah menjelaskan, bahawa parti-parti daripada Semenanjung yang datang ke Sabah bukan untuk benar-benar memberikan pembangunan, tetapi mereka hanya mendapatkan undi rakyat dan mengikis kekayaan Sabah sahaja. Oleh itu, rakyat perlu menolak parti daripada Semenanjung dan memilih parti STAR supaya hak-hak rakyat Sabah boleh mendapat pembelaan yang sewajarnya.
 
Parti STAR tidak serupa dengan parti-parti yang lain yang hanya mahukan kedudukan dan kepentingan peribadi. Perjuangan kepimpinan Datuk Dr Jeffery terbukti sentiasa konsisten sejak beliau terlibat dalam politik di Sabah di tahun-tahun 1980-an. Perjuangan beliau adalah menuntut Perjanjian Malaysia dan mendapat semula hak-hak yang dijanjikan dalam 20 Perkara tetapi telah dihakiskan kerana permainan agenda para pemimpin Malaya.
 
Rakyat Sabah harus bangun daripada tidur dan keluar daripada genggaman penjajahan Malaya yang telah memperbodohkan para pemimpin dan rakyat Sabah selama hampir setengah abad lamanya. Rakyat Sabah tidak ada pilihan lain untuk keluar daripada mulut naga selain daripada kuasa cahaya bintang dari Borneo.
 
Rakyat Sabah tidak harus segan atau malu, juga tidak harus ragu-ragu dan takut dengan ugutan para pemimpin Malaya hari ini kerana mereka hanya tahu menakut-nakutkan, menipu dan memberi rasuah, seperti bantuan BR1M, E-Kasih,1Azam,1Cacre dan projek-projek yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat, tetapi hanya mengisi kantung rasuah pasra kroni mereka sahaja. Mereka memberi suapan dengan bantuan-bantuan kewangan yang hanya berupaya membantu kita hanya beberapa ketika. Kenapakah mereka gagal membangun ekonomi kita agar kita menjadi makmur dan tidak payah lagi disupa seperti budak-budak dari semasa ke semasa?
 
Barisan National dan UMNO telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai  ”Simpanan Tetap” bagi kemenangan mereka untuk terus memerintah negara, dan ini telah memberikan peluang kepada STAR muncul untuk menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak.
 
Rakyat tidak perlu bimbang untuk memberikan sokongan kepada STAR, kerana pemimpin yang memandu parti ini adalah pemimpin yang berwawasan dan berkepimpinan taraf antarabangsa dengan minda global yang tidak ada tandingnya di kalangan pemimpin-pemimpin di Sabah mahupun di Malaysia.
 
Lihat sahaja bagaimana Dr. Jeffrey telah terbukti hanya satu-satunya manusia di dunia yang telah memikirkan begitu banyak perkara-perkara canggih yang tidak dapat difikirkan oleh para pemerhati dan penganalisis politik yang lain. Dialah juga merupakan pemimpin berani yang pertama kali menimbulkan isu 20 Perkara, menyebabkan Kuala Lumpur tidak dapat tidur lena hingga beliau dimasukkan ke universiti Kamunting selama hampir tiga tahun.
 
Dia juga yang telah menubuhkan KDI (sekarang berubah nama Borneo Heritage Foundation atau BHF), Borneo Dayak Forum, Common Interest Group Malaysia (CIGMA), dan seterusnya menubuhkan United Borneo Front (UBF), yang telah membawa kepada penggerakkan State Reform Party (STAR) di Sabah dengan landasan perjuangannya Agenda Borneo, iaitu memperjuangkan hak-hak dan autonomi Sabah dan Sarawak. Beliau juga telah merealisasikan kewujudan United Borneo Alliance (UBA) atau Pakatan Borneo.
 
Sebelum ini, Dr. Jeffrey juga yang telah memikirkan untuk menubuhkan Institute for Public Policy Analysis (IPPA) yang kemudiannya bertukar menjadi Institute for Development Studies (IDS) di akhir dekad 1980-an.
 
Sewaktu menjadi Pengarah Yayasan Sabah, Dr. Jeffrey telah menubuhkan unit Pembangunan Insan, sesuatu unit yang luarbiasa yang mana telah berjaya membimbing ramai belia Sabah menjadi berjaya sebagai usahawan.
 
Malah, dialah juga yang telah memikirkan slogan sorakan kita ”Ini kali lah!” yang kini diteriakkan di mana-mana dan menaikkan semangat rakyat Sabah untuk melawan BN.
 
Bila nanti Dr Jeffery yang memandu Sabah selepas pilihanraya nanti, ekonomi rakyat pasti berubah dan pembangunan luar bandar akan terlaksana dan lancar dengan pengurusan sumber ekonomi kita lakukan sendiri tanpa banyak mengharap bantuan kewangan daripada Kuala Lumpur.
 
Sabah dan Sarawak mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti minyak, getah, kelapa sawit, pelancongan, perikanan dan hasil pertanian lain. Semua sumber ini akan menjadi pemangkin ekonomi rakyat Sabah tanpa batasan. Sabah harus mengawal dan menguasai sumber-sumber semulajadi pemberian Tuhan kepada. Hasil Sabah adalah hak orang Sabah, bukan hak orang Malaya.
 
Kesimpulannya Rakyat Sabah harus menolak kerajaan kukuh besi dan politik kotor. Masa depan rakyat Sabah adalah di tangan kita!
 
Saya menyokong pendirian STAR bahawa: Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? INI KALI LAH!
 
Kali ini kita harus menang dan tidak ada lagi lain kalinya! Hari ini kita yang akan menentukan hak dan kekayaan kita! Jangan lagi kita diperbodohkan oleh kata-kata manis mereka dan suara lembut serta rayuan atau pujukan parti-parti daripada Malaya.
 
Undilah parti yang memperjuangkan Agenda Borneo, parti STAR, parti yang bintangnya sudah bersinar cerah di Negeri Di Bawah Bayu!

21 comments:

  1. Ini kali lah... kasi tau semua orang kampung, kasi sebar melalui internet, muda-mudi..pigilah undi bila datang PRU13... Ini kalilah!

    ReplyDelete
  2. SIAPA INI C MASLAN MAGINDA...? MACAM NAMA ORANG2 DARI SOUTHERN PHILIPPINE SAJA NI. MAU BERPOLITIK KAH SUDAH INI ORG? BERAPA LAMA SUDAH MAYKAD M'SIA D PEROLIHI ATAU ARAHAN PEMIMPIN2 UMNO?

    ReplyDelete
  3. Tidak kisah siapa beliau. Nama-nama panggilan seperti di Sabah biasalah itu. Bagaimana surname Khan, Patawri atau Hiew pun tidak dipertikai. Asalkan memilih untuk berjuang kepentingan Sabah dalam Malaysia. Apakah Rudy Hiew ini seperti juga salah seorang yang cuba menghilang 20 Perkara, Batu Sumpah di Keningau syarat Sabah membentuk Malaysia? Bagus saudara Rudy Hiew bangun dari tidur dan pertahan hak Sabah dalam Malaysia daripada dijajah oleh orang luar seperti sekarang ini. Pihak penjajah British pun para pegawai mereka tidak mengambil kesempatan kawasan tanah atau mengambil kesempatan lain-lain untuk memperkayakan para pemimpin Sabah yang dilantik oleh mereka yang sepatutnya pada masa itu mempunyai peluang luas untuk berbuat demikian.

    ReplyDelete
  4. PBS dulu pun parti tempatan...last2 masuk BN juga.apa crita tu? Ni kali lah mau tipu lag...useless meaning...we want change.

    ReplyDelete
  5. pada masa PBS dulu malaya sangat kuat , mereka boleh menubuhkan kerajaan pusat tanpa mengambil kira undian rakyat di borneo..... tetapi kali ni mereka di malaya lemah sebab berbagi dua (BN dan PR). masing2 lawan sesama sendiri...jadi inilah masanya untuk kesempatan star berkuasa di sabah dan mampu menentukan siapakah parti di malaya yang akan berkuasa di putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengapa benci betul sama parti malaya tapi mahu juga bgabung sama parti malaya!!!!! cakap tidak serupa bikin juga!!!

      Delete
    2. SEPARUH DATIPADA AHLI PARLIMEN SABAH DARIPADA PARTI UMNO JUGA BRO,PBS DULU PUN SAMA SEPERTI STAR JUGA DAH MENANG MASIH JUGA NEGERI SABAH,JANGANLAH TERTIPU LAGI,

      Delete
  6. rakyat sabah harus bersatu untuk menentukan penguasa putrajaya nanti hormat hak hak rakyat sabah.kita harus sedar kemerdekaan sabah sebanar adalah ditangan orang sabah sendiri dan pemimpin sabah sendiri dan bukan parti dari semananjung. jangan orang sabah jadi tali barut mereka kerana kamu akan disingirkan juga bila umno tidak memerlukan kamu. jadi marilah bersama menyokon perjuangan star.

    ReplyDelete
  7. bagaimana membentuk negara sabah kalau x undi ini Kali lah!!! so kmu undi la..kita semua berdoa agar kita dpt melemahkan cengkaman kerajaan pusat dan seterusnya membalas segala perbuatan keji mereka yg telah menghisap habis sumber borneo!!

    ReplyDelete
  8. WAHAI RAKYAT SABAH....... FIKIRLAH.........KENAPA RAKYAT TIMUR MEMPUNYAI NEGARA SENDIRI......DAHULUNYA DIBAWAH NAUNGAN INDONESIA..... MENGAPA PULA KITA ORANG SABAH TIADA NEGARA DAN SUKA BENAR DI PERINTAH ORANG LAIN....... ADAKAH KITA MENGAKU BAHAWA ORANG SABAH TIDAK BIJAK DAN TIDAK LAYAK UNTUK WUJUDKAN NEGARA SENDIRI....... LIHATLAH NEGARA BRUNEI......KECIL TETAPI LEBIH KAYA DARI MALAYA/ MALAYSIA...... FIKIRKAN LAH DENGAN BERNAS.......INGAT NEGARA MU......KAMULAH....PENENTU MASA DEPAN NEGARA SABAH......................

    ReplyDelete
    Replies
    1. batul tu Anonymous, saya sokong 100% jeffery kitinggan.

      Delete
    2. Kan sayadah kata walaupun kita orang asal tetapi kita tak tahu apa apa selain menunggu untuk dijajah. ini disebabkan kita tidak mempunyai ketua dan pasukan tentera seperti orang islam yang ada ketua seperti sultan dan mempunyai tentera sejak beribu ribu tahun dulu oleh itu mereka boleh membentuk sebuah negara seperti sultan Brunei sultan sulu
      Kalau tak dijajah mata kita belum terbuka lagi minyak di dasar laut yang digilakan itu ia tetap minyak tak tahu apa yang harus dibuat . Saya bukan nak merendahkan bangsa kita tetapi untuk pengetahuan kita supaya kita tahu dimana kedudukan kita pada masa dahulu dan sekarang.

      Delete
  9. saya masi ragu2, betul ka ni star benar2 berjuang untuk borneo? sebab sa dengar cerita karut yang membawa maksud: parti star hanya dapat di daftar secara sah setelah presiden star berjumpa dengan pemimpin umno(maknanya star dibawah pengaruh umno). Tambahan lagi ada cerita yang mengatakan ketibaan khairy J di sambut oleh Jeffry K / Keibaan Jeffry di sambut oleh khairy. Saya berharap cerita karut ini adalah cerita dongeng semata2!! (saya suda pun sign petition 18/20, saya ingin tahu kebenaran)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak salah bah siapa jemput siapa...

      Delete
    2. Siapa pemimpin Sabah pernah jd tahanan ISA kerana mempertahankan hak2 Sabah? Sedarlah itulah pemimpin berjiwa rakyat.

      Delete
  10. 'STAR adalah sebuah parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Datuk Dr Jeffery juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah, yang STAR akan menyelesaikan segala isu yang membabitkan hak-hak rakyat apabila STAR memerintah nanti.' Lain kali la!!!

    ReplyDelete
  11. INI KALILAH!! BERABISLAH KITA, UNDI STAR.. SAYA SOKONG.. KENAPA KITA HARUS DIPERINTAH.. KITA ORANG SABAHAN TIDAK BODOH BAH.. MARILAH BERSATULAH KITA.. JANGAN SAMPAI SABAH JADI MILIK ORANG LAIN.. SEDARLAH ORANG TEMPATAN.. PRIBUMI SABAH.. SABAH INI KITA PUNYA BAH...

    ReplyDelete
  12. maslan maginda kerjanya menipu org saja tu... ramai org yg baru dapat lesen kontraktor kana tipu oleh ni org. dia bilang dia punya mentua yg karja sana partanian boleh tolong dapat projek. dia minta pendahuluan RM500. lepas tu serah borang minta RM3000 lagi... tambirang punya maslan. guna lagi nama tuhan buat menipu!!!

    ReplyDelete
  13. Maslan Maginda = pilak

    ReplyDelete
  14. DDJK angan2 mau jadi CM Sabah saja tu. :D

    ReplyDelete
  15. STAR adalah sebuah parti orang Iban sarawak untuk mengantikan PBDS parti bangsa dayak sarawak yang menyertai BN sampai sekarang .Pada masaitu STAR tewas kesemua kerusi yang ditandingi termasuk ketuanya sekali kebanyakannya hilang wang deposit.
    pada pilihan rara berikutnya Star tak bertanding di semua kerusi DUN sarawak.Orang Iban sendiri pun tak yakin Star.Sekarang orang sabah kutip saya rasa star menerima nasib yang sama di sabah.Parti perkauman tak boleh bertahan lama sebab bagus bagi kita tetapi tidak bagi bangsa lain.

    Membentuk sesebuah kerajaan memerlukan sokongan semua kaum bukan untuk kaum tertentu saja.Kalau nak keluar malaysia kenapa PBS tak keluarkan dahulu.Tunjukan bukti apa projek pembangunan sebelum sabah masuk malaysia cuba kira satu persatu bermula dari sempadan brunei hingga ke tawau.Jangan lupa juga apa yang BN buat kira satu persatu barulah jelas dan boleh percaya .
    Kalau sabah tak masuk malaysia sabah hanya mampu memajukan hanya satu daerah yang sama luasnya dengan brunei bagaimana tempat lain pula bukan kecil malah hampir 20 kali ganda Luas brunei. Mana mana parti yang memerintah sabah ia takan mengubah peta dunia jangan lah tertipu pasal itu.
    Kalau sabah tak masuk malaysia pengganaslah yang mempunyai peluang yang sangat cerah untuk memerintah sabah dengan itu sudah pasti sabah menerima nasib seperti pulau pulau di selatan pilipina.Saya tak memihak mana mana parti tetapi saya berpendapatkeselamatan rakyat sabah lebih terjamin dalam malaysia ia adalah baik bagi mengelak dari ancaman penceroboh.
    Minyak tak bermakna lagi sekiranya tiada keamanan.

    ReplyDelete