Oleh Ezra Haganez
TONGOD : Seorang pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) dari kawasan Kuamut, Kinabatangan di sini menyifatkan pengkelasan semula banyak kawasan Hutan Simpan Sabah baru-baru ini sebagai bukti ketidakjujuran kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan rakyat terutama sekali Orang Asal.
"Pembubaran seluas 7,024 hektar kawasan Hutan Simpan di Sook untuk antara lain tujuan pembinaan kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di daerah kecil Sook membayangkan prioriti kerajaan yang ada ini hanya mendengar kerajaan pusat tetapi tidak mengendahkan rakyatnya sendiri," katanya.
Beliau berkata bukan mudah untuk mengambil semula tanah yang telah dipajakkan atau diberi kepada Kerajaan Pusat, tetapi wakil-wakil rakyat Sabah termasuk PBS, UPKO dan PBRS dengan mudah sahaja dan dengan sekali hembus nafas memberikan tanah negeri kepada pusat atas pelbagai alasan.
“Hutan Simpan juga dengan mudah dibubarkan kalau untuk menyediakan tapak Taman Perindustrian Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) di Sipitang. Kita tidak menolak pembangunan tetapi memberi tanah kepada Orang Asal juga adalah pembangunan mapan yang dialu-alukan oleh badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri,” kata James.
Katanya lagi, pembubaran Hutan Simpan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah minggu ini itu juga menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak mengutamakan hak Orang Asal seperti beberapa perkampungan di kawasan Pinangah dekat sini.
"Saya ingin kepastian dari Kerajaan ini apakah benar bahawa kebanyakan Hutan Simpan yang dibubarkan itu termasuk kawasan tadahan dan kayu bakau, sebenarnya sudah tidak ada kayu besar sebab sudah ditebang oleh mereka yang tamak?
"Masuk dulu Hutan Simpan, curi dulu semua kayu, eksport kayu bulat sehingga kilang-kilang papan Sabah tiada bekalan kayu bulat untuk diproses, selepas itu bubarkan Hutan Simpan itu? Apakah ini yang telah berlaku?," tanya James.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini, DUN telah meluluskan Rang Undang-Undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 2012 yang melibatkan pembubaran seluas 7,024 hektar hutan simpan dan kononnya menubuhkan seluas 9,544 hektar hutan simpan baru bagi menggantikan hutan simpan yang baru dibubarkan itu.
DUN juga telah mengkelaskan semula lima kawasan hutan simpan sedia ada dengan keluasan 129,209 hektar kepada kelas-kelas yang lebih sesuai selaras dengan keinginan pimpinan negeri yan hanya mereka yang tahu sebab-musababnya.
Mengenai ini, James dalam kenyataannya turut mempersoal apakah benar khabar-khabar bahawa kebanyakan kawasan hutan simpan yang baru ditubuhkan itu juga sebenarnya hanya hutan belukar pokok-pokok yang baru berusia muda.
"Jika ini benar, maka usaha ini sebenarnya hanya sebagai sempadan kepada Orang Asal dan akan menyulitkan lagi Orang Asal mendapatkan hak mereka dalam tuntutan tanah adat," tegas beliau lagi.
Itulah kamu apa lagi kamu tunggu.. halau tu UMNO dan tali barutnya dari Sabah..
ReplyDeleteKetara BN zalimi rakyat tempatan Sabah tapi malangnya orang Sabah KDM Bajau Murut Cina terlalu penyabar sehingga kita pula yang geram tengok mereka.. Tidak panai melawan..penakut
ReplyDelete