Top posts

Featured Posts

STAR dan SAPP terkejut besar oleh pujian melangit Pairin kepada Musa Aman

Oleh Ezra Haganez
KOTA KINABALU : Laporan dada akhbar-akhbar tempatan di Sabah hari ini mengenai pujian melangit "Huguan Siou" (pemimpin agung) Kadazandusun, Joseph Pairin Kitingan, terhadap kepimpinan Ketua Menteri Musa Aman, telah menimbulkan kesangsian ramai pemimpin Kadazandusun terutamanya mengenai apakah sesuai atau rasional tindakan Pairin itu.

Dua pemimpin pembangkang dari Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) mengeluarkan kenyataan pedas hari ini berhubung pujian Pairin yang dilaporkan antara lain sebagai berkata "tidak disangsikan lagi bahawa beliau (Musa) seorang Ketua Menteri yang sangat prihatin..." Tetapi, prihatin kepada siapa, tanya STAR dan SAPP.

Timbalan Pengerusi STAR Sabah, Daniel John Jambun, dalam kenyataannya berkata : "Saya amat terkejut membaca laporan akhbar hari ini menyatakan Tan Sri Pairin memuji-muji dan mengangkat kempimpinan Musa sebagai seseorang yang amat prihatin kepada rakyat Sabah.

"Tidakkah Huguan Siou Kadazandusun yang juga timbalan ketua menteri itu sedar pujiannya adalah janggal sekali sebab di bawah pimpinan Musa dari UMNO lah, masyarakat Kadazandusun dan juga Orang Asal lain semakin terhimpit di bumi sendiri?

"Bagaimanakah Pairin mengangkat Musa begitu tinggi sedangkan ketika pemerintahannya rakyat Sabah terus merempat sebagai yang paling miskin di Malaysia? Ini laporan Bank Dunia yang menyatakan demikian !" hujah Daniel lagi.

Daniel juga bertanya apakah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu menyedari di bawah kerajaan UMNO sekarang, masyarakat Kadazandusun rata-rata merasa tertindas kerana merekalah golongan termiskin di Sabah sekarang! "Bilakah orang Kadazandusun banyak kehilangan hak mereka termasuk tanah-tanah adat (NCR)? Bukankah di bawah kerajaan yang dipimpin Musa ?" desak beliau.

Malah, katanya, ketika pemerintahan inilah ramai Kadazandusun menjadi mangsa tindakan Jabatan Perhutanan Sabah membakar rumah rakyat serta meracun pokok-pokok getah mereka hanya kerana dituduh menduduki kawasan hutan yang termasuk kononnya dalam Hutan Simpan seperti yang berlaku di Tangkarason, di Beluran.

"Tidakkah Pairin dan PBS tahu bahawa puluhan ribu belia Kadazandusun kini berada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor mencari dan bekerja di pelbagai sektor kerana mereka tidak mendapat pekerjaan di Sabah? Ramai mereka ini layak menjadi anggota polis dan guru misalnya tetapi Pairin tidak tahu anak-anak muda dari Semenanjung pula diberi kerja ini di Sabah !" katanya.

Bagaimana pula dengan pendatang haram? Bagaimana dengan IC palsu ? Pengundi palsu? Tidakkah terdetik di hati Pairin semua isu ini, sehingga memuji melangit Musa yang tidak nampak menyelesaikan isu-isu yang telah menghantui rakyat Sabah, kata Daniel lagi.

"Cukup memalukan diri sendiri tetapi inilah hakikatnya bila pemimpin terhutang budi dan seolah-olah meletakkan kedudukan sendiri lebih daripada perasaan rakyat jelata sendiri.

"Apa yang berlaku ini umpama mimpi yang kita tidak terbayangkan akan berlaku tetapi kini sudah berlaku," katanya. Pairin membuat pujian itu pada majlis pelancaran sebuah buku setebal 390 halaman mengenai Musa yang disempurnkan oleh Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin di sini hari ini.

Sementara itu, ahli majlis tertinggi SAPP, Peter Marajin, yang juga seorang peguam, dalam kenyataannya hari ini pula menyifatkan pujian melangit presiden PBS untuk Musa itu sebagai tidak diterima baik oleh rakyat kebanyakan terutama sekali masyarakat Kadazandusun yang menurutnya dipinggirkan UMNO.

"Bagaimana pula Huguan Siou merendakan dirinya sebegitu rupa, angkat kaki UMNO, bila dia sendiri tahu masyarakatnya paling merasai ditindas di negeri sendiri di bawah rejim sekarang ini.

"Sama ada Pairin sudah lupa atau betul-betul dia mengasingkan dirinya dari realiti kehidupan di Sabah sekarang di mana Orang Asal seperti Kadazandusun dan Murut telah banyak kehilangan hak termasuk tanah-tanah adat (NCR) mereka ketika di bawah pemerintahan Musa.

"Bagaimana pula dengan masalah pendatang haram yang terus-terusan menghantui rakyat tulen Sabah ? Tidakkah Pairin dan PBS sedar masalah ini tidak diselesaikan oleh kerajaan hari ini? Bagaimana pula dengan tuduhan bahawa sektor awam didominasi kumpulan tertentu sahaja sekarang?

"Tidakkah mereka tahu orang Kadazandusun semakin sukar mendapat peluang pekerjaan dan peluang kenaikan pangkat di bawah kerajaan Musa? Tolonglah, janganlah memuji sembarangan... memalukan," tegas Marajin lagi.

5 comments:

  1. Piring sedang mencari lauk...

    Malu saya maluuuuu. kenpa pula Huguan Siou pigi puji tidak tahukah orang kita sengsara di bawah ini kerajaan Musa Aman CM.. Aduii kosiou-siou nokopio

    ReplyDelete
  2. Pathetic! Shameful !!

    ReplyDelete
  3. Pairin pairin pairin sudahlah tu, turunlah, malu kami..

    Adui Huguan Siou apa ne.

    ReplyDelete
  4. Semakin lama saya baca berita ini semakin sesak nafas saya apakah benar yang saya baca mengenai Pairin puji sampai langit Musa Aman konon prihatin jaga rakyat.. apa jaga? Pairin dan PBS cuba kamu tingu PTI bah, kawasan KDM bah dpinggirkan, orang KDM susah mahu dpat kerja, enang lagi itu Bugis dan Suluk dapat fasal mereka pakai songkok.. nah ini kau bilang prihatin kah Huuan Kosian? Ih sakit mata saya nampak kau dalam Borneo Post itu hari oh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagad-lagadan bogia memuji kaling kio huguan, om ulan toi kanu ko nepe Tun kadi mositun.. tahniah nkopio do puji-pujian diolo kio

      Delete

Search This Blog