Oleh James Ait
TONGOD : Kenapa setiap kali menjelang pilihanraya, mesti ada pendaftaran bergerak di Sabah? Seolah-olah rakyat Malaysia akan beranak lebih kerap atau ada kanak-kanak Malaysia yang tiba-tiba cukup umur untuk mendapatkan Kad Pengenalan di negeri ini menjelang pilihanraya. Adalah lebih baik sekiranya ada pemantauan melalui hospital dan klinik mengenai nisbah kelahiran dan pembuatan kad pengenalan.
Saya bersetuju dengan arahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman menghentikan pendaftaran bergerak di Senalang, Semporna. Bagaimanakah Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Husein dengan mudah meluluskan pendaftaran itu sedangkan permohonan rakyat Sabah supaya RCI ditubuhkan mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak diendahkan.
Sebagai negara merdeka, rakan senegara Malaya sepatutnya menghormati negara Sabah dan bukan menjadi kawan makan kawan.
Pemimpin kerajaan Sabah sepatutnya melihat segala masalah yang berlaku terhadap Sabah dari sudut Perjanjian Malaysia. Kebanyakan masalah yang berlaku di Sabah, berpunca daripada kegagalan rakan senegara Malaya menghormati Perjanjian Malaysia termasuk 20 Perkara. Malangnya pemimpin kerajaan di Sabah seolah-olah tidak tahu apa itu Perjanjian Malaysia.
Pemimpin kerajaan Sabah hari ini seolah-olah tidak tahu bahawa Sabah ini adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat. Pemimpin Sabah melihat negara Sabah ini sebagai negeri ke-12 Persekutuan Malaya.
Sebagai sebuah negara merdeka sejak 31 Ogos 1963, pemimpin Sabah berhak merealisasikan nikmat kemerdekaan itu kepada rakyat Sabah termasuk menangani masalah yang timbul. Sebagai sebuah negara merdeka, Sabah berhak mencari kaedah-kaedah tertentu untuk menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Malaya, tanpa menunggu kelulusan Malaya.
Dalam persyarikatan Malaysia, Malaya hanyalah sebuah negara rakan kongsi, dan bukan penentu kepada tindakan pemimpin Sabah untuk negara Sabah. Sabah hanya mempunyai kaitan dengan Malaya kerana adanya Malaysia. Malaysia hanya wujud kerana adanya Sabah dan Sarawak.
Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud. Seharusnya sejak merdeka Sabah sudah ada Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang dikendalikan oleh rakyat negara Sabah untuk mengawal rakyatnya. Jabatan Pendaftaran sekarang bukan Jabatan Pendaftaran negara Sabah.
Hanya kerana Sabah tidak mempunyai Jabatan Pendaftarannya sendiri, maka Malaya mengambil kelemahan pemimpin Sabah sekarang untuk merosakkan rakan senegara Sabah dengan cara memasukkan orang asing ke Sabah melalui Pejabat Pendaftaran Malaya yang berulis Jabatan Pendaftaran Negara. Tujuannya untuk menjadikan orang asing itu penyokong Malaya untuk menguasai Sabah.
Demi maruah negara Sabah dan generasi rakyat Sabah, tiba masanya pemimpin kerajaan Sabah memikirkan semula peranan mereka dalam pentadbiran kerajaan Sabah yang berdaulat ini. Nikmat yang mereka miliki sebagai pemimpin di bawah kuasa pemimpin Malaya sangat jelas tidak dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.
Nikmat kemerdekaan Sabah, tidak pernah sampai kepada rakyat tulin Sabah. Masanya untuk pemimpin Sabah bersatu untuk membela dan mempertahankan maruah tanah air yang berdaulat ini. Masanya juga untuk rakyat Sabah bersatu, untuk berjuang mempertahankan maruah tanah air yang sedang dicemari rakan senegara Malaya.
Hanya kita yang dapat menyelesaikan masalah tanah air kita. Selagi masih ada peluang, kita ambil peluang ini untuk bersatu memperbaiki tanah air kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Terus mengharap kepada Malaya? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Menunggu sehingga kita menjadi pelarian di tanah air kita sendiri? Ini kalilah!!
Biasalah gaman UMNO bah itu..mau menang.. kita rakyat jangan lagi jadi buduh pi undi BN. Siapa saja calon BN, tidak kira PBS, UPKO, LDP, PBRS, Gerakan, MCA apalagi Amuno kita tndang mereka kasih hilang deposit mereka kali ini !! Ini ali lah saudara ..!
ReplyDeletesaudara james ait make sure calon BN di Kuamut hilang deposit.. INI KALI LAH
DeleteKalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?
ReplyDeleteCukuplah YB masiung Banah pun tidak dapat tolong selesaikan masalah tanah di Kinabatangan.. Cakap saja tapi akhirnya Orang Asal yang sengsara dan trpaksa bergelut di mahkamah guna segala wang itik pluh untuk mendapatkan keadilan utnuk Orang Asal. Patut YB tubuhlah Tabung Khas membantu pengundi2 di Kuamut, ini tidak sama skali.. Ayuh kita tumbang pokok besar BN di Sabah !
Apa kamu bising-bising. Ini projek Shafei dan Najib yang penting semuanya ikut proses negara ni. siapa pun boleh apply jadi warganegara Malaysia. Itulah kamu masih bodoh sampai sekarang ! Ini Malaysia lah .
ReplyDeletekau sukalah ne kan ?? Kau UMNO kah ne?
DeleteSudah terang perbuatan mereka tapi masi ada yang tidak sedar.....mana sudah pemimpin kita yg lantang bersuara ni.....? kenapa berdiam saja????? kenapa tidak ramai yg membantah?????
ReplyDeleteBANGKITLAH SEMUA RAKYAT TULEN SABAH....
ReplyDeletePERJUANGKANLAH HAK KITA DEMI MASA DEPAN SABAH.....
DEMI MASA DEPAN GENERASI KITA.....
Mengapah pemimpin sabah membiarkan saja datuk hishamudin meluluskan pendaftaran bergerak ini....?
ReplyDeleteMereka tiada hak utk menentukan kwarganegaraan di SABAH.....
Sudah ada kuasa, apa pun boleh buat tanpa persetujuan rakyat!
ReplyDeleteRakyat tulen SABAH...PENAKUT......!!!!!!
ReplyDeletePandai komen ja, tapi xda tindakan.....
ReplyDeleteSekurang-kurangnya sudara James Ait ini bersuara utnuk rakyat Sabah yang tertindas oleh kerajaan BN UMNO.. Terima kasih..
ReplyDelete