Top posts

Featured Posts

Sampai hati Pairin kata begitu... kata pegawai khas Dr Jeffrey yang ada sama beliau setiap masa

Oleh Ezra Haganez
Siang malam Dr Jeffrey fikirkan untung-nasib rakyat Sabah,
Pairin sanggup kata demikian? kata pembantu Jeffrey
KENINGAU : Seorang pegawai khas pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang sentiasa berada bersama beliau, hari ini menepis cubaan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin Kitingan menimbulkan syak-wasangka rakyat terhadap perjuangan adiknya.

Julian Lian, dalam kenyataan pedasnya hari ini di sini berkata Pairin seperti sudah terdesak dalam kenyataannya yang berbaur serangan peribadi dan memperkecil-kecil kepimpinan Dr Jeffrey yang semakin mendapat sokongan padu rakyat khususnya di kawasan Kadazandusun dan Murut, kawasan tradisi PBS yang selama ini menyokong Pairin tapi sudah mual dengan kepimpinan lembab beliau.

Jauh daripada tohmahan buruk Pairin, apa yang saya lihat siang dan malam, Dr Jeffrey tidak berhenti melawat banyak kawasan yang menjadi mangsa kerakusan para pemimpin Barisan Nasional sambil menerangkan hak-hak rakyat Sabah seperti termaktub dalam banyak dokumen termasuk Perjanjian Malaysia, 20 Perkara , Laporan Cobbold dan laporan-laporan lain termasuk oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Majlis-majlis United Borneo Front (UBF) yang diadakan di lebih 400 tempat dan mendapat sambutan begitu hangat adalah semata-mata menjelaskan sejarah penubuhan Malaysia dan hak-hak Sabah serta pelanggaran terhadap hak-hak ini terutama sekali oleh kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO dan disokong oleh Pairin dan PBS serta rakan-rakan mereka yang bersetuju dan bersekutu terhadap dasar-dasar menindas UMNO dan BN.

Bukankah penting menyedarkan rakyat kita tentang sejarah sebenar Sabah dan penubuhan Malaysia yang mana Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Singapura dan Malaya dan tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung? Apakah Pairin sekarang mengikut telunjuk UMNO sahaja sehingga beliau tidak lagi mahu rakyat tahu tentang fakta begini?

Kalau sekarang Pairin nampak bendera Parti Reformasi Negeri (STAR) berkibar di sekitar majlis UBF, ini adalah hak rakyat yang menyokong STAR dan juga menyokong perjuangan UBF dan Dr Jeffrey. Yang sebenarnya kita tidak juga melarang apa-apa bendera yang menyokong kepada UBF secara jujur dan sukarela.

Kalau ada penyokong PBS turut serta mendukung UBF saya pasti Dr Jeffrey dan orang-orangnya tidak akan menghalang ahli-ahli PBS itu mengusung banyak bendera PBS ke majlis UBF, malah kami mengalu-alukannya. Tapi adakah Pairin akan membenarkannya atau membebel seperti hari itu jika dia nampak bendera PBS di majlis UBF?

Kami akui memang ada juga mereka yang datang memakai baju dan topi PBS atau BN ke majlis-majlis UBF, dan ini adalah perkara biasa. Atau adakah Pairin mula merasa takut melihat sokongan rakyat jelata termasuk dari PBS sudah mulai berpindah ke STAR?

Atau adakah Pairin sekarang ini cuba menakutkan pemimpin kampung supaya balai raya tidak boleh digunakan oleh UBF sebuah NGO dari Sabah yang diterajui oleh pejuang keadilan untuk Sabah ?

7 comments:

  1. Pairin sudah terdesak sudah mahu kalah !

    Takut, takut, takut,

    itulah dia gaya orang mahu kalah...

    iNI KALI LAH !

    ReplyDelete
  2. Pairin pairin ini kali lah kau kalah.. tiada bah orang boleh menenag sampai 40 tahun jangan lah kau cuba-cuba mau jadi muamar gadafi orang sudah busan kau tau kah ??

    Tingu muka pun urang sudah muak si gulombon mid liid macam tu babi gamuk, patyut sampai masa mau sembelih sudah...

    tapi jangan marah ini tida kena mengena dengan yg hidup atau sudah mendiang ok huguan tontoruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi bodungal kaulah babi gamuk...

      Delete
  3. Aikk ada orng online komen sini.. hei anonymous kaulah mangamus toli Umuno. yg penting kau dapat porujik karajaan bah kan,, apa kau pduli msa depan anak anak Sabah tiada dpt keraja kan fasal kau orang kaya babi gamuk...

    Surulah Pairin kau tanding di kedua-dua kerusi keningau dan tambunan bah.. kalau boleh kali ini dia tanding di bingkor lagi atau di kota marudu lagi tulung dr maximus amus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum try blum tau Bodungal.. Saya rasa Pairin masih diperlukan di Keningau dan Tambunan oke.. kalau berani anak jantan suruhlah kau punyai Gapari tanding lawan abang dia.. Kita betup sati ekur karabau.. mau?

      Delete
    2. Ui anonymous amus Umno mana sudh kau... kanapa tdk guna nama saja asyik anonymous, kahkahkah

      Pairin kasi kau duit kah?

      Delete
  4. butul lah,si anus Umno ini noulau pangkat om linggit.pailin pasti kala...

    ReplyDelete

Search This Blog