Top posts

Featured Posts

Orang Asal Tambanuo jawab Peguam Besar Negeri Sabah fasal NCR

Oleh James Ait (pemimpin Tambanuo dalam STAR)
Seribu enam ratus lima puluh tahun setelah Allah selesai menciptakan dunia ini, Allah telah mendapati bahawa kehidupan manusia pada waktu itu penuh dengan kejahatan. Allah mengambil keputusan untuk menenggalamkan dunia ini dengan banjir besar. Catatan daripapda masyarakat di Timur Tengah, yang tinggal hanyalah keluarga nabi Noh. Cerita yang diwariskan secara turun temurun oleh masyarakat Orang Asal (Tambanuo) di Sabah, yang tinggal hanyalah sepasang suami isteri yang baru kahwin yang hanya dikenali sebagai Laduon (nenek) dan Lakion (datuk). Sepasang suami isteri itulah yang memulakan suatu masyarakat baru Tambanuo selepas banjir besar yang lebih dikenali oleh masyarakat Tambanuo sebagai “losob”.

Anak-anak daripada Laduon dan Lakionlah yang memulakan kehidupan di seluruh pelusuk tanah air Sabah ini. Sebab itu setiap anak-anak sungai di bumi Sabah ini, mempunyai namanya sendiri. Nama tempat itu mempunyai latar belakang sejarah. Menunjukkan kepada generasi bangsa Tambanuo bahawa tempat itu adalah milik bangsa Tambanuo.

Apabila saya berbicara mengenai Tambanuo, ia tidak terhad kepada kumpulan Paitanik, tetapi juga kumpulan Dusunik, Murut, Kadazan dan kecuali Bugis, Timur, China, India, Pakistan dan bangsa-bangsa lain yang tidak ada kaitan dengan latar belakang sejarah tanah air ini.
Walau macamana pun setelah Malaysia dibentuk pada 16hb. September 1963, pelbagai usaha untuk menghakis atau menafikan hak asasi bangsa Tambanuo terhadap tanah air ini.

Kenyataan Datuk Roderic Fernandez pada jumaat lalu bahawa peruntukan Tanah Anak Negeri (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO), kononnya tidak ada NCR selepas tahun 1930, merupakan serangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO terhadap hak dan martabat Tambanuo di Sabah.

Siapa pun juga penggubal Ordinan Tanah Sabah dan apa juga peruntukan-peruntukan yang digunapakai dalam usaha untuk menghapuskan Hak Asasi Tambanuo di Sabah, ianya tidak mampu menidakkan keujudan dan mengurangkan sedikit pun martabat dan kesejahteraan Tambanuo di Sabah yang diiktiraf oleh masyarakat dan kuasa antarabangsa. Artikel 24 hingga 31 bahagian 6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP) adalah suatu penghormatan dan pengiktirafan Badan Dunia terhadap Orang Asal termasuk Tambanuo di Sabah dan Sarawak.

Malaysia, di bawah kuasa kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO berusaha menafikan kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Sabah dan Sarawak. Kerajaan Malaysia lupa bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak ujud. Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak sedar bahawa tanpa Malaysia, tidak ujud 95% hasil petroleum Sabah ke Malaya dan puluhan billion ringgit cukai daripada Sabah di hantar ke Malaya setiap tahun untuk pelihara Malaya. Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah dan puluhan billion ringgit cukai Sabah, telah memajukan wilayah Malaya.

Hari ini masyarakat Tambanuo sedang berhadapan dengan penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya yang kita pelihara tidak kurang daripada empat puluh tahun.

Masyarakat Tambanuo Sabah hanya ada dua pilihan. Masyarakat Tambanuo perlu bersatu dalam pilihanraya yang hampir tiba berjuang dalam satu parti STAR untuk menghalau UMNO dari Sabah. UMNO telah menggugat kesejahteraan dan keharmonian Orang Asal di Sabah.

Sesuai dengan pengiktirafan dan penghormatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Orang Asal, masyarakat Tambanuo berhak untuk memilih melaksanakan Artikel-artikel 32 hingga 36 Bahagian 7 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal. Sudah tentu Orang Asal berhak mendapat perlindungan keselamatan daripada badan dunia itu.

Penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya dan kegagalan persyarikatan Malaysia terhadap rakan kongsi Sabah dan Sarawak, seolah-olah memberi Tambanuo ruang untuk memilih melaksanakan Pemerintahan Sendiri dan melaksanakan Undang-undang Asal Orang Asal di Sabah.

3 comments:

  1. Nah baru AG tau.. dia ingat zaman sekarang Orang Asal tidak tahu UNDRIP.

    Ini kali lah !

    ReplyDelete
  2. Poor State AG Rodric, he could be a victim of UMNo leaders you know.. He is always low profile why suddenly come out armed with this kind of interpretation, he must be under duress from his political master...Pathetic

    ReplyDelete
  3. bagaimana u jadi peguam? are u Sabahan or not? why u dont understand? sorry to say that....

    ReplyDelete

Search This Blog