Saudara Pengarang,
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, maka terlaknatlah saya jika mengeluarkan penulisan fitnah atau hasutan.
Namun demi namaMu Ya Rabbi, atas nama negara yang tercinta dan rukun negara yang saya junjung, maka wajiblah saya menyebarkan apa yang perlu untuk ikhtibar kita semua. Seandainya penulisan ini penipuan semata-mata, maka terkutuklah saya dan seluruh keturunan saya.
Baru-baru ini, pasukan kami diarahkan membuat serbuan ke sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Cheras Indah, Ampang,Kuala Lumpur. Dalam serbuan itu, pasukan kami menahan sepasang suami isteri yang mengaku sebagai rakyat negeri Sabah.
Namun seorang rakan saya, orang lama dalam PDRM mengatakan mereka sebenarnya asalnya adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filifina beretnik Suluk.
Pada malam itu, pasukan kami merampas pelbagai dokumen seperti borang sebuah pertubuhan bernama 'Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah' dan dokumen rasmi berupa resit sementara dan beribu kad pengenalan yang sudahpun diproses!.
Namun pada malam itu juga, seorang VVIP telah mencampuri urusan dan bidang tugas kami kerana beliau telah menghubungi 'orang atasan' kami dan mengarahkan pasangan terbabit dilepaskan bersama bukti yang kami rampas!.
Mengapa dan kenapa? Satu persoalan yang sukar saya dan kumpulan saya jawab. Mungkin benarlah bahawa mana-mana pemimpin SABAH adalah kaki rasuah dan suka menyalahguna kuasa.
Pada malam itu, kami terpaksa menelan kata-kata VVIP itu yang menghina profession polis dan menghina bangsa Melayu Semenanjung. Kami bukannya Anti-Orang Sabah. Sebagai anggota PDRM, kami sayangkan Anak Negeri Sabah termasuk suku kaum Kadazan, Rungus, Murut dan sebagainya.
Bagi kami, etnik Bugis dan Suluk yang ada di Sabah hari ini adalah pendatang yang majoritinya masih berstatus pendatang haram.
Mungkin apa yang terjadi di Sabah suatu masa lalu adalah satu kesilapan bangsa Melayu Malaysia, tapi kali ini apakah patut ia dipendam begitu sahaja? Tidak!
Lihat gambar sedutan borang keahlian Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah (terpaksa disunting untuk mengelak disalahguna untuk tujuan songsang): ada yang tidak kena kerana menyenaraikan dokumen yang dimiliki pemohon termasuk IMM13.
Pasukan kami menyemak dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah dan dimaklumkan bahawa Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sabah tidak dalam rekod mereka. Sewajarnya KDN perlu segera menyiasat perkara ini dan membatalkan sebarang permohonan (jika ada) bagi mengelakkan kegiatan suami isteri ini berkembang biak semula.
Memandangkan rakyat Sabah semakin bangkit memberontak, maka Sindiket Kad Pengenalan Projek ini memindahkan operasi mereka ke Semenanjung kerana di sini masih ramai PATI Myanmar, India, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Thailand, Rohingya yang tidak berdokumen.
Salam Hormat,
“Kami Bukan Anjing”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
SB GELISAH
GOD bless you my good friend,for it is His will that you write this truth.God will not curse his friends,but He will curse His enemies & his generations for all the evils that His enemies has done to his chosen ones.You are among His chosen ones, be assured that He will surely keep you under His Divine protection.As for those VVIPs/VIPs, & others,who are destroying the genuine peoples of Sabah, He will curse them & their family members for generations.
ReplyDelete