KINI heboh diperkatakan mengenai keputusan mendadak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan langkah Putrajaya meluluskan permohonan 12 buah parti baru di Sabah.
Spekulasi kini nampaknya bakal menjadi kenyataan ekoran Najib memberi 'lampu hijau' terhadap permohonan mereka untuk mendaftar parti baru.
Ada di antaranya yang sudah menunggu lebih tiga tahun tetapi sebelum ini tidak dilayan, atau dengan lain perkataan, dipeti sejukkan.
Sesetengahnya berpendapat, langkah Najib ini adalah bersifat serangan politik terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian masyarakat pribumi negeri ini yang sudah lama ditindas UMNO dan Barisan Nasional.
Sekiranya lebih banyak parti politik yang bersifat kedaerahan dan kenegerian ditubuhkan, pada sifir politik jahatnya, Najib dapat memecahkan undi pembangkang yang dianggap tidak bersatu kecuali Pakatan Rakyat.
Kehadiran parti politik seperti STAR yang dipimpin bekas Pengerusi PKR negeri, Jeffry Kitingan pula hanya akan membuatkan peluang Pakatan Rakyat untuk meraih undi semakin sukar.
Inilah sebabnya mengapa Najib beriya-iya mahu parti politik yang mendaftar dan sedang dalam proses kelulusan disegerakan permohonan mereka.
Selain isu pemilihan calon yang semakin kusut dalam UMNO sendiri sejak sebulan lalu, langkah terbaru Najib a ini diharap mampu memulihkan jumlah undi yang bakal dipungut tidak kira sama ada majoriti meningkat atau sebaliknya.
Sangka Najib , biarlah kurang majoriti asalkan undi yang diperolehi Pakatan Rakyat dan parti pembangkang berpecah dua atau lebih.
Kini kita sedang menunggu apakah kesemua 12 parti baru yang para pemimpinnya sedang mengadakan rundingan di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Menara MAA di Kota Kinabalu akan tersenyum lebar apabila permohonan mereka bakal diluluskan serta merta.
Persoalan kini adalah, mampukah Pakatan Rakyat melakukan sesuatu hasil daripada kerja jahat yang sedang dilakukan jentera Najib ini?
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sepatutnya tahu permainan licik penuh tipu muslihat ini jika sasaran mahu merampas satu pertiga kerusi parlimen di Sabah tercapai.
No comments:
Post a Comment