Top posts

Featured Posts

Siapa Dalang Seludup Parabola?

Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diketuai oleh Ketua Pencegah Kastam, Hamzah Sundang dan Pegawainya Ali Asan telah merampas hampir 200 biji Parabola (Parabolic) di beberapa daerah di Sabah.

Syabas kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai yg mengatakan di sebuah suratkhabar kelmarin bahawa rampasan parabola oleh KDRM adalah tidak masuk akal sama sekali.

Di sini, saya ingin bertanya siapa yang membenarkan pihak tertentu menyeludup masuk begitu banyak Parabola yang saiznya terlalu besar jika tanpa bersubahat dengan pegawai kastam?

Menurut keterangan Hamzah Sundang kepada media, bahawa kesemua parabola yang dirampas itu diseludup masuk dari negara jiran. Kita ingin tahu jiran sebelah mana yang beliau maksudkan, Indonesia, Filipina atau Brunei?

Sebenarnya bukan dari semua negara jiran yang tersebut di atas tetapi dari Sarawak dan pelabuhan Sepangar di Kota Kinabalu. Kenapa Hamzah tidak menyatakan secara terus terang pada Media?

Hamzah patut dinaikan pangkat ke jawatan Pengarah KDRM Sabah dan Ali Asan sebagai Timbalan Pengarah dan kedua mereka harus ditukar ke Sarawak kerana di sana mungkin dua hingga tiga biji kontena tidak cukup muat bila ada rampasan kerana Sarawak negeri yang paling banyak memasang parabola.

Kenapa Ketua Pengarah Kastam tidak arah kedua pegawai dari Sabah ke Sarawak dan merampas semua parabola di sana dan bukannya menumpukan rampasan di Sabah?

Pemimpin Sabah harus bertanya dengan Ketua Pengarah Kastam, mungkinkah Sarawak sebagai salah satu negeri ‘Fixed Deposit’ BN, maka Kerajaan pun takut kepada pemimpin dan pegawai daripada Sarawak?

Cuba anda ke Sarawak dan tengok sendiri adakah Sarawak sperti Langkawi dan Labuan yang Bebas Cukai? Di Sarawak semua kedai kopi menjual rokok dan minuman ‘duty free’. RM10 x 3 tin dan rokok RM0.80-RM1.20 sebungkus.

Dari Kuching sehingga ke Bintulu dan hanya Menteri kita yang tidak tahu bahawa sebelum Tahun Baru Cina atau Hari Raya, mercun dibawa masuk dari Sarawak ke Sabah mengguna lori; termasuk ratusan buah kontena yang digunakan menyeludup sayap ayam.

Tetapi apakah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah banyak maklumat terbuka dan terperinci telah disiarkan Sabahkini.net. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya tahu Langkawi dan Labuan sahaja ‘Pulau Bebas Cukai’; tetapi mereka tidak tahu bahawa Limbang, Sarawak pun juga ada Kedai Bebas Cukai yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Amat memeranjatkan, Kerajaan 1Malaysia Najib, menyambung setahun lagi kontrak Ketua Pengarah Kastam yang paling ‘rasuah’ dalam sejarah Malaysia sehingga ‘Kambing Hitam’ terjun dari bangunan SPRM ketika CCTV SPRM tidak berfungsi, sebaliknya mereka lupa, CCTV Tuhan merakam segala perlakuan jenayah mereka.

Saya berpendapat, Ketua Pengarah Kastam mempunyai agenda dengan menteri dan selepas pencen tahun hadapan, beliau akan dilantik sebagai Penasihat KDRM seperti Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew; supaya kuncu-kuncu beliau masih terus menjalankan operasi penyeludupan rokok dan ayam beku di Sarawak.

Sebagai pembaca Sabahkini.net, saya amat geram dengan tindakan KDRM kerana mereka yang ambil duit dari sindiket, benarkan sindiket masuk dan selepas itu tangkap para pembeli. Mereka juga Manusia dan mereka juga iblis terutama Pegawai atasan termasuk Ketua Pengarah Kastam.

“Oi…Sudahlah Khalid. Anda sudah kenyang, sekarang ingin tunjuk anda tidak Korupsi. Takut pencen tahun hadapan SPRM akan ambil tindakan seperti Tan Sri Ling Liong Sik?”

Kita tunggu dan kita lihat apa tindakan dan siasatan SPRM terhadap anda yang sudah kenyang menelan jutaan ringgit dan telah membawa keluar dan menyimpan wang di luar negara. Betul atau tidak boleh jelaskan melalui Sabahkini.net.

Jangan anda ingat orang Sabah dan Labuan senang digertak dan tidak pandai melawan. Kastam kerja dengan ASTRO kah?

Wahai orang orang Sabah dan Labuan,

Jangan mimpi orang Sabah dan Labuan akan menjadi Ketua Pengarah Kastam Malaysia kerana Khalid sudah pasang Pegawai Sarawak yang menggantikan beliau.

Jika Dr Jonathan Kandok boleh menjadi Pengarah KDRM Sabah tahun hadapan sudah bernasib baik tetapi kasihan kerana sepatutnya beliau sudah lama dilantik sebagai Pengarah kKDRM Sabah kerana jawatan kosong itu sudah lama tidak diisi.

Sebagai pegawai kanan dan penuh pengalaman, Jonathan memang layak dan tidak perlu ijazah PHD untuk memegang jawatan Pengarah KDRM Sabah kerana Ketua Pengarah Kastam Malaysia pun tidak mempunyai ijazah kedoktoran.

Jika Pemimpin Sabah tidak berani membela rakyat Sabah, terutama dalam isu parabola bagi kawasan pedalaman, maka pada pilihanraya umum ke-13, jangan marah jika rakyat beralih arah kepada ‘Parti Kerajaan Rakyat’ (PKR).

Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberi peluang saksama kepada semua pemimpin baru yang bersama rakyat dan membuang semua pegawai kerajaan yang rasuah dan salahguna kuasa.

Salam Hormat.

KELLY AFENDI

No comments:

Post a Comment

Search This Blog