Oleh Mail Mathew
TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin menggesa pihak tertentu dalam operasi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khurusnya Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN agar tidak ada pendatang tanpa izin (PTI) yang memiliki Kad Pengenalan mengambil kesempatan untuk mendaftar memohon bantuan RM500 itu.
"Kita bukan mempertikai kewibawaan LHDN tetapi kita bimbang dalam kira kira jumlah 5.2 juta yang dijangka pemohon BR1M diseluruh Negara sudah pasti ada kecacatan akan berlaku. LHDN perlu menyedari keberangkalian ini dengan menambah kakitangannya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Selain itu, beliau turut kesal dengan maklumat yang dikeluarkan oleh LHDN berhubung jadual pengagihan borang BR1M pada 10 Disember tidak tepat dimana di kawasan pedalaman khususnya di Tenom ramai yang telah menunggu di Dewan Masyarakat di sini sejak awal pagi namun kakitangan LHDN tidak kelihatan.
"Disebabkan maklumat yang kurang tepat itu menyebabkan para pemohon yang kebanyakkannya datang dari jauh merasa kecewa," tegas Roger.
Roger berpendapat langkah pemberian BR1M itu baik dan diharap ianya akan diteruskan," tegasnya.
Di Tenom, jadual pendaftaran BR1M akan berlangsung di Dewan Datuk Sanggau Melalap pada 12 Disember hingga 13 Disember 2011, Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, Tenom pada 12 Disember hingga 16 Disember dan Dewan Senator Jinuin Jimin Mandalaom pada 12 Disember hingga 13 Disember 2011. Semua operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.
No comments:
Post a Comment