Top posts

Featured Posts

Kdn Harus Perjelaskan Isu Pertabalan Akjan Sebagai Sultan Sulu

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi (gambar), meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan kepada rakyat Sabah status kes Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad berkaitan isu menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu beberapa bulan lalu.

Katanya, rakyat dinegeri ini masih keliru dan tertanya tanya apakah status kes tersebut setakat ini sama ada ianya dilupuskan begitu sahaja atau sebaliknya kerana sebelum itu kes tersebut pernah menggemparkan rakyat Sabah kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.


“ Kita minta pihak KDN setidak tidaknya tampil memberi penjelasan…lagi pun gelagat Akjan kini semakin agresif dimana kelibatnya seakan akan seorang pemimpin mewakili kesukuannya selepas bebas menyebabkan timbul kemarahan dipihak kesukuan lain,” kata Rudy dalam satu kenyataan disini pada Selasa.

“ Sedangkan banyak orang tahu isu Akjan adalah serius termasuk latar belakangnya, tetapi mengapa dia boleh dilepaskan begitu mudah tanpa dihadapkan ke Mahkamah mahu pun penjelasan terperinci daripada KDN. Keadaan itu menimbulkan sesuatu pra sangka buruk terhadap kerajaan,” tegas Rudy.

Pada Isnin, Akjan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Pekida Sabah dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, pertubuhan itu membantah penubuhan RCI untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi ‘Projek IC’ yang disifatkannya sebagai karut dan tidak benar.

Akjan menambah, keujudan RCI tidak memberi kesan positif terhadap matlamatnya malah ia bakal mengujudkan perselisihan faham dan ketegangan dikalangan kesukuan dan etnik lain diSabah sambil menambah bahawa ia sengaja dilakukan oleh pemimpin pemimpin politik dengan niat yang jahat untuk menimbulkan permusuhan dengan kerajaan pusat.

Dalam pada itu, Rudy terkejut dengan kenyataan Akjan kerana dengan begitu sombong menidakkan hak rakyat Sabah untuk meminta kerajaan menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Sabah seperti isu pemberian Kad Pengenalan secara tidak sah yang berlaku berpuluh tahun lalu.

Tambahnya, memang tepat sekali langkah yang sebaik baik dan wajar dilakukan dengan menubuh RCI sebagai suatu pendekatan yang terbaik malah ia dibenarkan mengikut undang undang dan Perlembagaan Negara.

“ Akjan tak perlu gentar dengan penubuhan RCI kerana ia merupakan suatu badan yang ditubuh khusus untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada PATI…tetapi sekiranya pemberian itu dilaksanakan secara sah dan teratur kenapa pula perlu gusar dengan pelbagai tuduhan itu dan ini,” tegas Rudy.

Mengenai dengan kewujudan kesukuan dan 26 etnik diSabah termasuk Suluk, Bajau-ubian, dan Simunul, sememangnya etnik itu sudah lahir diSabah sejak sebelum merdeka lagi iaitu dizaman Kolonial lagi dimana etnik etnik itu merupakan rakyat yang berstatus warganegara walaupun nenek moyang mereka dipercayai berasal dari kepulauan Sulu.

Sebaliknya tegas Rudy, apa yang dipersoalkan dalam konteks ini adalah bagi mereka yang berhijrah ke negeri ini secara tidak sah atau pelarian akibat peperangan saudara yang tercetus diSelatan Filipina sekitar tahun 1970an adalah disifatkan sebagai PATI.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog