Rakyat Sabah Di Lacur Di M Pub?

Oleh : JANET MAJUNGKI

NASIB pekerja asing lebih terbela berbanding dengan pekerja tempatan. Boleh dikatakan kebanyakan pekerja kelab-kelab malam di negeri ini ibarat kerbau yang terpaksa bekerja lebih, namun imbuhan dan tekanan yang dihadapi lebih dari segalanya. Malahan sesetengah pengusaha pusat hiuburan menganggap pekerja mereka sebagai hamba abdi.


Bermula bekerja pada awal jam 5 petang sehinggalah ke jam 2 pagi atau lebih dari itu. Pekerja pub mengorbankan masa untuk bekerja demi mendapatkan sumber kewangan. Pekerja ini tidak mempunyai perlindungan keselamatan, apatah lagi masa depan mereka juga kelam dengan sikap majikan mereka yang sering berubah fikiran.

Pengurus sebuah pub di Kota Kinabalu yang memaksa pekerja tempatan melayan kawan-kawan pengusaha hiburan bernasib baik, kerana kedaifan pekerja itu menyelamatkannya dari dikenakan tindakan undang-undang kerana mengabaikan keselamatan pekerjanya. Bahkan boleh dikaitkan dengan subahat merogol.

Kisah benar ini berlaku kepada Erna (bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan. Erna telah diminta oleh majikannya untuk melayan sekumpulan kawan-kawannya. Erna telah diperlakukan sebagai hamba seks, dipaksa minum dan telah dirogol beramai-ramai. Ketiadaan Erna semasa waktu kerja tamat menjadi tanda tanya rakan-rakannya, yang mencari beliau di tingkat atas tempat beliau melayan pelanggan.

Erna ditemui dalam keadaan bogel dengan tubuhnya berlumuran air mani. Kejadian itu menjadi trauma kepada Erna. Beliau tidak pernah mahukan perkara itu berlaku kepadanya kerana beliau hanya mahu mencari kerja, memandangkan beliau tidak mempunyai kelulusan yang baik. Kejadian itu juga ditutup oleh majikan tanpa sebarang pampasan, malahan pekerja itu dipecat.

Pekerja di pusat hiburan sebenarnya berhadapan dengan masa depan yang kelam. Pusat-pusat hiburan tumbuh pesat seperti cendawan selepas hujan. Pusat-pusat hiburan ini memerlukan pekerja dan menawarkan gaji, kenaikan gaji, overtime dan kebajikan.

Namun apabila tiba masanya, pengusaha ini akan berdalih memanjangkan masa pemberian gaji sehingga ke tengah bulan. Tujuannya adalah untuk memastikan pekerja itu kekal setia kepadanya meskipun layanan yang diberikan tidak memuaskan. Dalam masa yang sama pekerja ini memerlukan duit untuk membayar sewa rumah dan makanan.

Sebuah pusat hiburan di Lintas yang di namakan M Pub juga tidak pernah menghormati pekerja tempatan di pub itu. Pub yang dimiliki oleh warga asing dari Shanghai itu langsung tidak menghormati pekerja tempatan dan undang-undang diletakkan di tangannya sendiri.

Pekerja yang sakit dipaksa berkerja. Pekerja tempatan sering dimarahi untuk melakukan kerja melebihi dari tugasan sebenar. Soal kebajikan dan keselamatan pekerja langsung tidak diendahkan.

Mengikut undang-undang Malaysia, semua tenaga pekerja adalah tertakluk kepada undang-undang yang sama termasuk pekerja sementara atau kontrak. Bukankah sebelum memulakan perniagaan, mereka akan ditemuduga oleh pihak polis dan pihak berkuasa tempatan yang lain?

Dalam temuduga itu sudah pasti pengusaha ini bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia berhubung dengan permohonan mereka untuk berniaga.

Sangat rapuh penguatkuasaan undang-undang kepada pekerja di negeri ini. Majikan juga lebih suka mengambil pekerja asing kerana mereka sanggup bekerja dengan gaji yang murah dan tanpa perlindungan undang-undang.

Kita minta kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha pub yang menganggap pekerja mereka sebagai hamba, tidak berhak bercuti, mendapatkan rawatan, tiada overtime meskipun bekerja lebih masa hanya disebabkan sikap tamak majikan.

Pusat hiburan seperti M Pub banyak di merata negeri ini, dimiliki oleh rakyat asing yang mencari makan di negeri ini. Jika majikan ini gagal menjaga kebajikan, perlindungan dan keselamatan pekerja, lesen mereka sepatutnya ditarik.

Namun sudah terang lagi bersuluh, majikan seperti ini tidak menghormati rakyat tempatan. Tidak menghormati rakyat tempatan bererti tidak menghormati negeri dan negara ini. Kita tidak mahu orang asing memijak orang tempatan.

Kita meminta kepada pihak berkuasa agar lesen M Pub di Lintas yang dimiliki seorang wanita Cina dari Shanghai tidak diperbaharui kerana melanggar hak pekerja tempatan. Bahkan majikan ini juga sering bertukar fikiran soal kebajikan pekerja. Beliau mempunyai kecenderungan memecat pekerja selepas 3 bulan bekerja kerana tidak mahu menunaikan janji untuk menaikkan gaji seperti mana yang dipersetujui secara lisan.

Pekerja malam seperti yang bekerja di pusat-pusat hiburan, pengawal keselamatan, perhotelan dan sebagainya bekerja untuk mencari rezeki. Bekerja di pusat hiburan bukan bererti mereka ini adalah golongan nakal dan gatal, mereka ini bekerja mencari rezeki. Mereka juga adalah hak untuk dilindungi.

No comments:

Post a Comment