32 Tahun Kes Tanah Belum Selesai

Saudara Pengarang,

KAMI telah menerima beberapa surat penjelasan berhubung pertukaran beberapa nama dalam permohonan tanah di Kg. Moynod, Beluran yang telah dihantar ke Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu pada mei 2011.


Namun kami kesal kerana sehingga 28 Oktober 2011 (5 bulan) fail tersebut masih berada di bilik Timbalan Pengarah, Lee Chun Khiong. Saya telah menghubungi pejabat beliau pada 22 September; 26 September; 3 Oktober; 4 Oktober; 11 Oktober; 12 Oktober, 18 Oktober dan 27 Oktober, namun Pembantu Peribadi beliau memberi alasan bahawa Lee sibuk mesyuarat dan fail masih berada di atas meja beliau.

Persoalannya, kenapa perlu mengambil masa selama 5 bulan? Jika terus menerus bermesyuarat, bilakah kerja hakiki mereka akan selesai? Permohonan tanah ini telah melakar sejarah 32 tahun, tetapi masih belum selesai.

Salam Hormat,

ROSLAN GIMBA

No comments:

Post a Comment