Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen ‘kotor’ pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
Kewarganegaraan ‘segera’ dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.
Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.
Pada pilihan raya negeri 1994, PBS – yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 – mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.
Walaupun PBS akhirnya tumbang dengan rentetan beberapa pembelotan kepada BN, namun ramai yang menyalahkan ‘Projek IC’ sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.
No comments:
Post a Comment