Top posts

Featured Posts

Najib Transformasi Isa Untuk Survival Politik

Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung pengumuman beliau memansuhkan ISA baru-baru ini kerana beliau sekali lagi membuat kenyataan susulan sepertimana yang terpampang di akhbar tempatan keluaran Ahad yang bertajuk ‘Don’t Claim False Credit’.

Kenyataan Najib, bukan sahaja ditujukan kepada pihak pembangkang namun sebaliknya beliau yang gigih mencari nama di atas tindakannya itu yang bertujuan tidak lain tidak bukan untuk meraih sokongan rakyat supaya BN disokong rakyat untuk kembali berkuasa selepas PRU13 kelak.



Mungkin Najib terlalu gementar apabila berhadapan dengan rakyat pada PRU13, menyebabkan beliau berhempas pulas mencari jalan dan helahnya untuk meyakinkan semula hati rakyat yang selama ini sudah mula melupakan BN dan berduyun-duyun beralih kepada pembangkang pada PRU13.

Mengapa Najib menempelak pembangkang dengan berkata, “Don’t claim false credit?” Tidakkah Najib sedar bahawa pembangkang juga turut memainkan peranan secara serius sejak tahun 1970-an meminta kerajaan memansuhkan ISA yang disifatkan rakyat negara ini; terutamanya pelajar IPTA bahawa ISA adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Hak Asasi Manusia!

Saya tidak terfikir bahawa Najib bukan berseorangan dalam memikirkan idea pemansuhan ISA; malah sedikit sebanyak Najib mengambil iktibar penentangan pembangkang dan juga BERSIH, tetapi sangatlah bongkak sekali kalau Najib mengatakan bahawa tuntutan orang lain berhubung pemansuhan ISA adalah palsu dan bohong.

Sekiranya Najib dan kerajaan BN menganggap bahawa mereka lah benar-benar ‘Wira’ di hadapan rakyat kerana berjaya memansuhkan ISA adalah bohong dan derhaka kepada rakyat kerana ISA masih terus digunakan meskipun ancaman subversif Komunis telah tamat sekitar tahun 1989.

Konsep ISA adalah khusus bertujuan untuk menahan dan menangkap tanpa dibicarakan di Mahkamah terbuka para subversif yang pro Komunis yang mengancam keselamatan negara pada ketika itu.

Malangnya selepas Komunis meletakkan senjata dan mematerai perjanjian damai di Haadyai Selatan Thailand sekitar tahun 1989, di antara SUA Parti Komunis Chin Peng @ Ong Boon Hua dengan KPN mewakili kerajaan Malaysia Tun Haniff Omar, kegiatan menangkap dan menahan di bawah ISA masih berterusan; tetapi kali ini sasarannya menfokuskan kepada pemimpin-pemimpin politik khususnya pembangkang.

Seperkara lagi, sepatutnya mereka yang terlibat dengan pemalsuan kerakyatan dan dokumen palsu serta Kad Pengenalan palsu tidak sahaja dikenakan ISA sebaliknya mereka ini dibicarakan di bawah undang-undang jenayah yang lebih relevan di Mahkamah terbuka.

Persoalannya, mengapa kerajaan BN takut menghadapkan mereka ini untuk dibicara ke Mahkamah terbuka? Persoalan lain, mengapakah kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja seperti yang dikemukakan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing? Semua persoalan ini adalah teka teki yang berlegar di kepala rakyat dan akan diperhitungkan oleh rakyat menjelang PRU13 kelak.

Bersabarlah dan jumpa PRU13. Di sana kelak kita dapat lihat siapakah yang benar!

Salam Damai,

GONOD SUNDA

No comments:

Post a Comment

Search This Blog