Top posts

Featured Posts

Kami Bukan ‘Beruang’ Macam Rahman Dahlan!

Saudara Pengarang,

SAYA amat berdukacita dengan keadaan hidup di negara tercinta ini yang semakin tertekan dengan kenaikan kos hidup. Tidakkah pemimpin-pemimpin kerajaan sedar terhadap kepayahan hidup rakyat semakin hari semakin menghimpit?

Memetik ayat dari portal Malaysiakini berkenaan beban cukai syarikat telekomunikasi yang dialih tanggung kepada pengguna iaitu “cukai 6 % itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan beban mereka kepada pengguna @ rakyat walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.”



Kenyataan dari SAMM yang sungguh benar. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin lagi dibebani cukai.

Cukai, Cukai, cukai. Jangan lupa kami bukan sahaja dibebani dengan cukai 6% ini, malah cukai-cukai lain seperti cukai makan KFC, McDonald, cukai barang import, cukai pendapatan, cukai lapangan terbang, cukai perkhidmatan, cukai itu dan cukai ini.

Memetik ayat Berita Harian Online pula; “Katanya (syarikat telekomunikasi), langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar”

Kekal kompetetif? Ayat ini bermakna Menaikkan Keuntungan Melalui Produk Pra-Bayar Agar Sama Untung Dengan Produk Pasca-Bayar. Ini bermakna keuntungan meningkat akan dinikmati oleh syarikat-syarikat tersebut kerana dengan pengalihan beban cukai kepada pengguna akan meningkatkan pendapatan kepada mereka.

Kenapa pemimpin kita meluluskannya? Kenapa tidak tanya pendapat rakyat terlebih dahulu? Kenapa keuntungan syarikat didahulukan?

Saya sedih dengan Wakil Rakyat yang dipilih untuk mewakili suara rakyat iaitu ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menurut portal berita Malaysiakini ada menyebut “Dalam Twitternya (Abdul Rahman), melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar. Katanya, “kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.”

Salam bahagia buat Datuk Abdul Rahman Dahlan! Datuk dipilih sebagai Wakil Rakyat untuk mewakili suara rakyat untuk menjaga kebajikan kami, Bukan Menjaga Kebajikan Syarikat Telekomunikasi (atau syarikat-syarikat korporat).

Datuk!, ekonomi pendapatan kami tidak sebesar pendapatan Datuk. Datuk 'Beruang' (berwang) sedangkan kami masih menabung wang syiling untuk masa hadapan anak kami.

Kami ini naik kereta kecil, bukan macam Datuk naik kereta besar. Gaji @ elaun Datuk besar, Datuk pergi meeting di KL naik penerbangan MAS Business Class; tiketnya ‘subsidi’ pakai duit cukai daripada pendapatan rakyat. Bukan macam kami, naik Airasia tunggu promosi tiket 0.10 sen barulah berpeluang pergi Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Ingatlah, bahawa rata-rata pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pelajar, petani, melayan, pekerja am rendah serta pekerja kilang kerana sistem prabayar ini adalah satu kaedah berjimat.

Tidak mungkin pengguna telefon dapat berjimat lebih dari itu kerana sistem prabayar masih mengkehendaki kami ‘top-up’ dalam jangka masa yang telah dihadkan (limit 3 hari, 7 hari, dan sebagainya).

Maka mahu tidak mahu, cukai 6% tersebut tetap akan ditanggung mereka setiap kali top-up. Dengan erti kata yang lain, “Tiada Pilihan!”

Sepatutnya datuk memperjuangkan nasib kami yang ditimpa pelbagai kesukaran hidup. Jangan lupa bahawa kami ini rakyat Negeri Sabah, iaitu rakyat yang termiskin di Malaysia. Kalaulah Datuk adalah anak Sabah, sepatutnya Datuk dapat 'menjiwai' kesusahan kami.

Yang Benar,

AKU ANAK SABAH

No comments:

Post a Comment

Search This Blog