Top posts

Featured Posts

Akian puji kepimpinan Datuk Rahim Bakri sebagai dinamik dan progresif

Oleh Raymond Tombung 
Datuk Rahim Bakri bersama para Akian dan para pemimpin PBTPS yang lain
menyampaikan bantuan beras kepada para penduduk Kg.Tombonuo.
PITAS: Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS), En. Akian Ahkiew menyuarakan penghargaan terhadap kualiti kepimpinan Datuk Rahim Bakri sebagai Ahli Parlimen Kudat.
 
Dalam ucapan beliau di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat baru-baru ini di sini, Akian sebagai Presiden PBTPS yang telah menganjur majlis tersebut, mengakui kepimpinan Rahim sebagai dinamik dan progresif, dengan sikap yang aktif dan sangat prihatin kepada situasi dan keperluan para penduduk di Kudat.
 
“Malahan pada hari ini juga, dalam majlis ini, Yang Berhormat Datuk menunjukkan sikap prihatin ini kepada kita, dengan menghulurkan bantuan-bantuan untuk rakyat di sini,” ujarnya. “Bagi pihak kerajaan Barisan Nasional, beliau akan menghulurkan banyak buah tangan sebagai tanda kasih dan sayang, dalam bentuk material dan wang tunai.”
 
Datuk Rahim Bakri, kanan, membisikkan sesuatu kepada Akian.
Akian menambah semua itu disampaikan dengan harapan agar ia akan dapat meringankan beban rakyat. Di majlis yang sama para penari Tombonuo yang telah membawa tarian sumanggak ke dalam Malaysia Book of Records juga telah diberi penghargaan dalam bentuk wang tunai. Untuk itu Akian menasihati mereka  agar menanggap pemberian itu sebagai perangsang untuk terus maju, untuk terus aktif dan bersemangat, dalam bergiat dalam bidang seni tradisional Tombonuo.
 
“Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum, para penari kita ini telah membawa kebanggaan kepada masyarakat Tombonuo, apabila di bulan lalu, mereka telah berjaya mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Records, kerana mengambil bahagian dalam satu marathon tarian,” katanya. “Tahniah sekali lagi! Semoga banyak lagi kejayaan-kejayaan yang akan kita capai di masa hadapan.”
Akian juga mengumumkan bahawa PBTPS sudah menubuhkan satu Biro Kebudayaan untuk mempromosikan budaya Tombonuo, bukan sahaja ke peringkat negeri, tetapi jika boleh, ke peringkat nasional.
 
“Harapan kita di Pitas ini, ialah supaya di satu hari nanti dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional, kita akan berupaya untuk mengeluarkan banyak hasil pertanian dan perikanan yang banyak,” katanya. “Bila ini sudah tercapai maka kebanyakan masalah ekonomi rakyat, terutama dari segi permakanan, akan selesai. Kita mahu melihat masyarakat Tombonuo dapat menjadi pengeluar makanan yang cukup, bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, tetapi juga untuk dipasarkan secara komersil. Dengan cara ini kita akan dapat meningkat tahap ekonomi kita.”
 
Sebab itulah beliau mengharapkan masyarakat Tombonuo turut-serta dalam proses pembangunan ekonomi, dan mendapat banyak lagi peluang untuk dalam proses kemajuan.  
“Kita sedar, di bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk, kawasan Kudat sedang giat membangun,” tambahnya. “Dan kita percaya, Yang Berhormat Datuk Rahim memang sudah ada perancangan untuk rakyat Tombonuo, supaya kita akan turut sama dalam proses pembangunan yang pesat ini. Untuk tujuan ini, kami sekali lagi, berjanji tanpa ragu-ragu, bahawa kami akan terus berdiri teguh di belakang Datuk, dan di belakang ADUN Pitas, Datuk Bolkian Haji Ismail!”
 
Di majlis itu para hadirin sempat menyertai acara sukan tradisional,
seperti acara tarik tali ini.
Dalam majlis itu Rahim telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga beras kepada ramai para penduduk di Kampung Tombilidon. Beliau juga telah mengesahkan bahawa peruntukan untuk pemabikan dewan masyarakat di kampung itu, dan penaikan taraf jalan raya ke Kg. Dandun akan dikeluarkan secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog