"Di Malaysia kami jarang tunjuk perasaan seperti itu. Jadi, ramai juga yang takut untuk ikut serta kerana takut berlaku keganasan," katanya. |
“Saya rasa, rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Partai Sosialis Malaysia (PSM) dengan alasan mereka ‘komunis’. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,” kata Datuk Marina Mahathir seperti disiar VIVANews.com.
Anak sulung (bekas perdana menteri) Dr Mahathir ikut serta dalam perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Beliau juga menegaskan, ramai yang tidak menyertai perhimpunan Bersih itu namun tetap bersimpati.
“Di Malaysia kami jarang tunjuk perasaan seperti itu. Jadi, ramai juga yang takut untuk ikut serta kerana takut berlaku keganasan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, beliau sukar untuk menjangkakan sama ada momentum Bersih ini boleh kekal.
“Tetapi menegaskan jika pihak penyelaras Bersih terus memperingatkan anggota masyarakat mengenai isu-isu penting ini, mungkin ada harapan bahawa momentum ini akan terus meningkat,” terang beliau.
Marina berkata, sepanjang perhimpunan tersebut beliau bernasib baik, kerana berjalan di kawasan di mana polis tidak langsung menggunakan kekerasan.
Semua kaum
“Polis memberi peluang kepada rakyat yang memprotes untuk berjalan ke arah Stadium Merdeka, menyorak dan sebagainya, dan kemudian bersurai secara aman.
“Polis di situ benar-benar profesional. Jadi saya sendiri tidak mengalami atau melihat keganasan polis sedikitpun. Dan sebenarnya tidak ada alasan untuk bertindak keras. Para penunjuk perasaan ini sangat aman dan berdisiplin semasa di jalanan sekitar Kuala Lumpur.
“Mereka mewakili semua lapisan masyarakat, tua muda, dari semua komuniti dan tidak seorang pun yang saya lihat, bersikap agresif dan malahan suasana di situ seperti karnival. Mereka meramaikan aksi dengan nyanyian dan tarian.
“Tetapi di tempat lain, para penunjuk perasaan mengalami kekerasan yang berlebihan. Ada banyak cerita dari peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka merasakan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,” katanya.
Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, tetapi mereka tetap diserang polis. Mereka terus dikejar walaupun telah melarikan diri, dan terus diserang dengan tembakan gas pemedih mata ke dalam pekarangan hospital Tung Shin.
Betul kah ini? anak mahathir sokong Bersih? bukankah mahathir sokong Perkasa yang perkecil kecilkn Ambiga dan Bersih?
ReplyDeleteMain sandiwara ka dorang ni? Mahu menyelematkan diri dan keluarga ketika di ambang peralihan kerjaan barangkaki ini..
Patutlah sekarang makin banyak kes bapa di UMNO, anak atau adik di PKR tau PAS tau DAP..
Politik.. it is always about money and positions to keep and to gain