Melton Martin,
Pengerusi Unduk Ngadau Peringkat Daerah Beluran 2011,
(Telupid, Beluran dan Paitan)
Peti Surat No. 27,
TELUPID.
01hb Jun, 2011.
Kepada,
Yang Berbahagia Jornah Mozihim,
Pengerusi Unduk Ngadau Negeri KDCA,
KOTA KINABALU.
Yang Berbahagia,
ADUAN DAN BANTAHAN PENGANJURAN UNDUK NGADAU 2011
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
02. Adalah saya dengan ini menulis surat bagi membuat aduan dan bantahan rasmi mengenai penganjuran Unduk Ngadau 2011 yang berlangsung baru-baru ini.
03. Saya mohon senarai kenyataan dibawah ini akan di ambil perhatian, dijawab dan diambil tindakan pembetulan dengan segera demi menjaga kesucian semangat Unduk Ngadau.
1. Saya masih ingat kenyataan Yang Berbahagia pada persidangan Pengerusi-Pengerusi Unduk Ngadau Daerah 19hb Mei dengan terang dinyatakan bahawa Encik Martin Buguk (Make-up Artist JK UN KDCA) tidak akan memekap peserta. Pada 30hb dan 31hb Mei ramai yang mendakwa nampak Encik Martin Buguk dan anak buahnya yang juga memakai kad AJK Unduk Ngadau KDCA memekap peserta Penampang, Tuaran dan Klang Valley.
2. Saya juga masih ingat kenyataan Yang Berbahagia untuk membuat kad nama kepada Pengerusi-Pengerusi Unduk Ngadau. Tapi saya diberitahu bahawa kad nama tersebut tidak dibuat dan ada orang yang mahu buat tapi oleh kerana tidak dibayar maka kad nama tersebut tidak pula dibuat.
3. Baju gaun malam yang diagih-agih kepada peserta-peserta tidak adil. Ramai yang nampak peserta Penampang awal-awal telah dibungkus baju gaun malamnya, tidak perlu berbaris mengambil baju dan diserah sendiri oleh Make-up Artis JK UN KDCA dan nyata lebih cantik daripada peserta yang lain.
4. Makanan yang ditapau kepada peserta-peserta kurang sihat:-
a. Sayur lebih kurang tiga sudu besar dan satu pedal ayam goreng.
b. Nasi goreng tidak masak dengan betul dan hanya seketul ayam goreng
c. Hanya tiga ketul roti dipotong dadu sebesar pemadam
Peserta-peserta terpaksa menahan lapar dan sakit gastrik.
5. Saya maklum bahawa JK UN KDCA ada menyenaraikan lawatan kebajikan untuk peserta-peserta UN. Tapi saya dapat tahu, tiada lawatan yang dibuat dengan alasan takut peserta-peserta sakit. Sungguhpun tiada lawatan, masih ramai peserta-peserta yang sakit kerana berlatih catwalk sampai lewat jam 12 malam.
6. Isi ceramah yang tidak releven dan penggunaan laras bahasa campur inggeris. Pendidikan dan latar belakang peserta-peserta berbeza.
7. Saya pertikaikan anugerah Miss Friendly kepada peserta UN Kuala Penyu. Saya ada mendapat maklum balas lebih dari 25 peserta UN menyatakan bahawa peserta UN Kuala Penyu tidak cukup syarat.
8. Saya pertikaikan anugerah Miss Pink kepada peserta UN Putatan. Saya ada mendapat maklum balas bahawa penganugerahan ini dibuat secara sambil lewa.
9. Saya pertikaikan juga anugerah Miss Beauty kepada peserta UN Penampang. Saya dapat maklum balas bahawa penganugerahan ini dibuat dengan terancang.
10. Hampir kesemua ahli-ahli JK UN KDCA terlibat dengan penganjuran kaamatan di Penampang, Putatan, DBKK, Tamparuli dan Tuaran. Nampak ‘bias’ pada peserta-peserta di tempat ini.
11. Sistem dua hari bertanding membebankan peserta-peserta. Mereka terpaksa tidur dengan rambut yang dibentuk “gong”. Mekap Artis, sewa baju, sewa tangkong pun dibayar dua hari. Hadiah saguhati yang diberi tidak setimpal dengan usaha peserta. Ini tidak termasuk soal logistik yang lain.
12. Pemenang Unduk Ngadau 2011 adalah meragukan. Peserta tersebut langsung tidak menjawab soalan yang membawa markah 20% intelek. Unduk Ngadau ini tidak layak masuk dalam Top-7. Ramai menyatakan bahawa kemenangan UN 2011 ini adalah kerana JK UN KDCA memberi perhatian kepada nama keluarga peserta Penampang.
13. Sepatutnya Top-15 hendaklah diumumkan pada 30hb Mei. Ramai yang mengesaki senarai tersebut telah diubah.
14. Kenapa hakim 30hb dan 31hb Mei tidak sama?. Hanya Mandy saja yang kekal. Hakim-hakim pada 31hb itu pun saya kenal ada kaitan keluarga dengan peserta Penampang.
15. Bila peserta-peserta Unduk Ngadau Negeri 2011 dapat Sijil Unduk Ngadau mereka?
04. Oleh yang demikian Yang Berbahagia, saya berharap perkara di atas dapat diselami oleh ahli-ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau KDCA dan memohon justifikasi berkaitan dengan kenyataan-kenyataan di atas sebelum dikongsi kepada masyarakat Sabah secara luar talian atau dalam talian.
Perhatian dan tindakan Yang Berbahagia adalah sangat saya hargai.
Sekian.
Yang benar,
MELTON MARTIN
Pengerusi Unduk Ngadau Peringkat Daerah Beluran 2011
(TELUPID, BELURAN, PAITAN)
hello....
ReplyDeletengam lah nie...... ketara btul sdah bnyak kesilapan smua AJK UNDUK NGADAU KDCA.....
KASI SEDAR dlu smua diorg....
Perkara pling ketara lg da la dgn perkataan nie " BIAS.."..... MALU LA BA..!!!.., 1 KDCA tu nmpk sesi soal jawab....heii.....
len kali tdak prlu la kasi da sesi soal jawab tu kalu tau da sedia sepa yg mo d kasi menang... bikin susah n bkin penat minda utk brfikir ja tu c sdia2 soalan..lpas tu psrta pla kna suru jwb....BUANG MASA....!!!
KETARA BETUL " BIAS ".....!!!.....
MALU LA... 1 KDCA TU TAU SEMUA NAMPAK PERKARA....
ngam la nie da dri distric bersuara jga akhirnya......^^
Ne Penampang ne tak tau malu bah... The Organiser alo very stupid and no moral at all.. why did you put in judges with vested interest? STUPID ! BODOH !PALUI PUNYA ORG KDCA ! BIKIN MALU SAJA menang kunu unduk tadau tentolow rupanya ada kaitan dgn akim / juri...
ReplyDeleteTapi tak hairanlah famili itu meman begitu !
Hoi Puan Zornah Mozihim & co ...
ReplyDeleteKalau inda larat mau organise properly itu pertandingan jangan lagi kau pandai2 pigi buat bah, bikin malu saja bangsa sa Dusun Tindal.
Ke mana kepala hotak kamu,cuba tingu ini komplen orang yang berani,, kamu mahu tunggu lebih ramai orang kita tampil tulis surat begini kah? Kamu tidak pandai malu kah ha bahlol !
Patutlah itu Unduk Ngadau tahun ini tidak cantik ! Muka kaki lima banyak bertempiaran di centre point.. inteligent ? Awal-awal ldah rosak dgn kronisme dan politik kapcit sama juri.. Kalau saya, saya serha balik kemenangan saya... hhehhe menjijikkkan!
KOTA BELUD OJOII...I like your last statement..Kalau tu winner ada maruah..kasi serah balik crown sama title..kalau sy, sy malu mau pakai tu crown..org sdh bising2 mcm ni pun masih tdk tau malu kah?
ReplyDeleteHal kemenangan yg dirancang ni sdh lama jadi kudis dlm pertandingan UN..Lain kali, kalau pilih judges..jgn pilih org tempatan..pilih org luar..tdk apa lah byr mahal..yg penting tu judges teda kena mengena sama semua peserta yg bertanding..panggil judges yg di luar dari sabah..contoh mungkin panggil bekas pemenang miss malaysia yg dulu2..mcm yasmin yusof, deborah henry, Lina teoh dan ramai lagi..selain daripada pengalaman mereka di ambil kira..kredibiliti mereka juga mustahil utk di pertikaikan..dan yg paling penting, mereka2 ini..langsung tdk ada pertalian dgn peserta..kalau ada suara sumbang mengatakan mereka ini tdk layak mengadili ratu cantik tradisi sabah..sy rasa pendapat itu sangat lah kuno dan racist..pada sy pertandingan ratu cantik tetap sama dgn pertandingan ratu cantik di mana2..penilaiannya tetap sama..paras rupa, intelek, pakaian, cara berjalan, dan keramahan..so, cadangan sy ini sy kira blh lah di pertimbangkan utk anjuran UN akan datang..
Sekian terima kasih...