Melton Martin |
Encik Melton Martin, Pengerusi Unduk Ngadau Daerah Beluran 2011 mewakili Telupid, Beluran dan Paitan; menegaskan bahawa terdapat unsur berat sebelah sejak dari mula awal pendaftaran Unduk-Unduk Ngadau Daerah.
Sebahagian ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau KDCA nyata memberi perhatian kepada peserta-peserta di bahagian Pantai Barat sahaja. Format pertandingan selama dua hari yang dijangka sebagai pembaharuan bertukar menjadi alat manipulasi keputusan.
Selain itu, keputusan penganugerahan pemenang Unduk Ngadau 2011 terserlah ‘bias’ apabila peserta tersebut yang langsung tidak dapat menjawab soalan IQ yang membawa markah 20% boleh menjadi pemenang utama sedangkan ada peserta dari daerah lain yang lebih baik.
Pemilihan pengadil yang berprofail profesional juga menjadi persoalan bila semua pengadil berasal dari daerah yang sama dan ada yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemenang Unduk Ngadau 2011.
“Saya hanya mahu menyatakan bahawa Unduk Ngadau ini adalah untuk semua KDM, bukan untuk kepentingan daerah tertentu, pihak tertentu dan yang berpengaruh. Lebih daripada itu sudah tiba, suatu mekanisma yang telus serta adil seharusnya dicapai demi untuk pemeliharaan kesucian semangat Unduk Ngadau kita ini”.
Pemenang Unduk Ngadau 2011 diberikan kepada Penampang, tempat kedua dari Tamparuli dan ketiga dari Tuaran. “Saya membuat kenyataan akhbar ini bagi menarik perhatian umum ke arah pembentukan mekanisma pertandingan Unduk Ngadau yang adil dan kekal dengan acuan tradisi KDM Sabah”.
uh oh....
ReplyDeletebetul 2 ...... dr thn2 lalu lagi berlaku tidak adil ni. lau ada peserta penganjur suka itu yang akan mereka pilih tau saudara mara penganjur ...tiada guna nak anjurkan pertandingan unduk ngadau lautidak berlaku adil ... if pertandingan ini dianjurkan ambil orang luar yang memang bukan dari kdm tuk mengadili kecantikan , iq ... ambil mat salleh jadi pengadil lg bagus kali
ReplyDeleteSaya betul-betul SETUJU. Sy org belakang ni unduk ngadau. macam2 cerita sy dengar. Mula2 organiser buat hal sampai baju beberapa unduk yg macam terasa ada change menang kena tarik last minit. INi terjadi pada unduk inanam. Unduk KK pula diburuk-burukkan nama masa menginap di hotel. Madeline Nandu salah seorang judge pula adalah 'coach' bagi unduk penampang. Heran macamana unduk penampang yg sederhana lawa, sederhana tinggi, failed IQ test masa bertanding boleh menang. Tapi bila fikir balik2, apa yang mau dihairankan coz hampir semua judges dari penampang. Malam gala night ada suara2 yg cakap beberapa judges saudara2 unduk ngadau penampang. Memang tiada seri sudah unduk ngadau & kaamatan kalau hal macam ni berterusan. Apapaun KDM yang jujur sokong Tamparuli, Ranau & Tuaran untuk menang (based on performances & IQ test dorang)
ReplyDeleteBetul....si bo tiza tu layak menang tipu ja. Ntahlah apa perasaan dia dapat tipu kaum KADUS. MUka gemuk n mata sepet....Bodoh pula dalam IQ test. Jaapan paling bnodoh penah sia dengar masa pertandingan unduk ngadau...
ReplyDeletesy bersetuju dgn apa yg dikatakan olh sdr. herald mengenai pengadilan yg bias didlm pertandingan unduk ngadau baru2 ini...bayangkan kalau suku sakat pengadil yg ikut berwajah dan berbadan babi, confirm dia tetap menang...
ReplyDeleteya betul tu..sya sukung sngat...agus lg unduk ranau or tamparuli yang menang..dorang 2 memang sngt layak..
ReplyDeleteklu cam ni la unduk ngadau tiap2 tahun..ayo..x maknala kaamatan..
ReplyDelete