Top posts

Featured Posts

Kenyataan Media Pengerusi BRI yang hadir Pekan Gawai di Pontianak, May 20, 2011

KENYATAAN MEDIA
BAPAK KANUL GINDOL
Pengerusi, Borneo Rights International, London
Pengerusi, Gindol Initiative for Civil Society Borneo, Sabah
Hotel Mercure, Pontianak, 20 Mei, 2011

Saya bersama empat perwakilan dari Sabah telah menyertai rombongan SDNU (Sarawak Dayak National Union) ke Pekan Gawai di Pontianak sejak kelmarion hinggalah Ahad ini.

Saya begitu sukacita dapat menyaksikan buat pertama kali sambutan Gawai di Kalimantan yang juga ada persamaan dengan sambutan panen yang dipanggil Tadau Kaamatan (Hari Menuai) yang juga disdambut bulan Mei setiap tahun.


Saya selaku aktivis perpaduan dan progres yang adil kepada Borneo berpendapat ketujuh-tujuh wilayah di pulau ini - Sabah, brunei, Sarawak, dan empat wilayah Kalimantan perlu dan patut sekali menimbang mengadakan Hari Pesta Panen Sedunia yang dohoskan secara bergilir-gilir, misalnya pada tahun 2012 Pontianak bisa jadi tuan rumah, dan tahun kemudiannya mungkin Kuching dan begitulah seterusnya mungkin pada tahun 2013 di Kota Kinabalu dan seterusnya mungkin di kota lain di Borneo.

Ini bagi mempererat hubungan silaturahmi bukan sahaja di kalangan masyarakat Dayak pan-Borneo malahan juga dapat mengembangkan posibiliti kerjasama lain menerusi ekonomi dan pelancongan misalnya.

Ini boleh dilakukan dengan menambahkan sedikit sahaja progam sambutan dan tidak mengganggu-gugat acara sediakala ada dalam Kaamatan atau Gawai. Misalkata, jika diadakan di Pontianak tahun depan, maka dipastikan ada rombongan budaya dari wilayah-wilayah lain serta ada pameran-pameran informasi dan dagangan mereka. Mungkin saja ada penampilan Kumang Gawai Sarawak atau Unduk Ngadau Kaamatan dari Sabah.

Pihak penganjur juga boleh mengadakan seminar kepada para pemimpin budaya ketujuh-tujuh wilayah tersebut dalam sebahagian program Hari Panen Sedunia. Dengan cara ini, masyarakat Borneo dapat menyatu dan dapat pula perhatian dunia luar. Sudah tentu, pelancong dari luar ingin saja melihat unsur-unsur budaya berbeda dari seluruh wilayah dalam satu sambutan!

Ini hanya cadangan ide saya dan ada saya kemukakan kepada beberapa rakan dari Sarawak dan juga Indonesia hari ini di Pontianak dan mereka menyambut baik sekali ide begini.

Mudah-mudahan pihak berkuasa di Kalimantan dapat mengepalai perkara inidan seterusnya ada pihak wilayah yang menawar diri sebagai tuan rumah sambutan Hari Panen Sedunia atau Pekan Gawai - Kaamatan Sedunia nanti.

Terima kasih.


BAPAK KANUL GINDOL
hp:  0821 5518 3000, +6016 8460018

No comments:

Post a Comment

Search This Blog