Top posts

Featured Posts

Oleh Raymond Tombung

PITAS: Masyarakat Tombonuo masih  ketinggalan  dan  perlu lebih banyak berusaha dan mendapat bantuan  terutama daripada pihak kerajaan  untuk maju kehadapan supaya layak untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum  atau  masyarakat lain di negeri Sabah.



Presiden   Persatuan  Bangsa   Tombonuo  Pitas   Sabah  ( PBTPS )  yang   baru   di   pilih   ialah En. Akian Ah kiew menyatakan bahawa masyarakat  Tombonuo  masih  jauh   ketinggalan  dari  segi  pendidikan,  kesihatan  dan terutama sekali dalam bidang ekonomi.

Akian,  yang  aktif  sebagai  seorang  usahawan,  juga  menyatakan  bahawa   masalah   masyarakat Tombonuo yang pertama ialah mereka  masih belum  dikenali  oleh  kebanyakan  rakyat  di  Sabah. “Bangsa Tombonuo masih dikategorikan  sebagai  sekelompok  komuniti  yang  tinggal  di  kawasan terpencil. Malahan, ramai orang Sabah yang masih  belum  tahu  apa  itu  Tombonuo,  siapa  dan  di mana itu Tombonuo," kata Akian. “Oleh yang demikian, perkara pertama yang perlu  dilakukan  oleh persatuan ini ialah membuat publisiti untuk memperkenalkan bangsa Tombonuo  kepada  komuniti-komuniti lain di Sabah."
Akian (front middle) with other PBTPS leaders at the AGM

Dalam ucapannya di mesyuarat agung tahunan PBTPS di Pitas 26 Mac lalu, Akian dengan  panjang lebar telah bercakap mengenai perlunya masyarakat  Tombonuo  mula  memikirkan  diri  mereka sebagai bangsa  yang  berminda  ingin  maju  dan  mempunyai  nilai-nilai  dan  identiti mulia kerana mereka adalah satu komuniti yang mempunyai keupayaan untuk  bersaing  dengan orang  lain. “Kita juga mempunyai cita-cita dan visi yang jauh, dan kita boleh mencapai semua itu  jika  kita  bergerak  ke hadapan  dengan  agresif dan  dengan  keyakinan  diri.  Kita  bersyukur  kerana  kerajaan  telah melaksanakan beberapa projek ekonomi untuk  kepentingan  rakyat  di  Pitas,  termasuklah  projek agropolitan  dan  akuakultur," katanya. "Namun  bangsa  Tombonuo  harus  bangkit  dan  ikut  serta  dalam proses pembangunan jika  mereka ingin maju ke hadapan. "

"Sebagai permulaan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi kita, persatuan ini  akan  memulakan usaha memandu komuniti kita ke arah hidup yang lebih produktif. Kita  akan  mulakan  program  ini dengan menganjurkan beberapa kursus pendek bagi  penduduk  desa  untuk  mereka  memperolehi kemahiran-kemahiran komersial agar mereka akhirnya akan dapat  menubuhkan  beberapa  industri desa di kalangan mereka dengan  inisiatif  sendiri  atau melalui bantuan kerajaan,” jelas Akian. 

 Dalam bidang kebudayaan, Akian  merasa  sangat  bimbing  kerana melihat  bahasa dan budaya Tombonuo semakin pupus kerana  ramai  di  antara  masyarakat  Tombonuo,  terutama generasi baru,  tidak  lagi  menggunakan  bahasa  Tombonuo  dan  tidak  lagi  menghiraukan  budaya Tombonuo. Akian berkata perlu ada jalan melalui  PBTPS untuk memastikan agar bahasa dan budaya Tombonuo tetap kekal di  dunia  dan  tidak  akan  pupus begitu sahaja.

”Di dalam bidang ini, kita perlu merujuk  dan  mendapat  bantuan dari badan-badan seperti  Kadazandusun  Language  Foundation  ( KLF )  dan  Sumber   Institute  Of Linguistics (SIL),” kata Akian, yang telah menang tanpa tanding dalam mesyuarat agung tersebut.

Akian, 3rd from left, at the AGM
Beliau mengucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada  YB  Datuk  Abdul  Rahim Bakri, Ahli Parlimen Kudat merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia ke atas sokongan beliau kepada Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah ( PBTPS )  dan  juga  kepada  YB  Datuk Bolkiah Bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Pitas merangkap Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar kerana telah merasmikan malam Kebudayaan Tombonuo yang telah di adakan Sempena mesyuarat agung  tahunan  PBTPS.   

Abdul Kahar Bin Abu Bakar wakil kepada YB Datuk Abdul Rahim Bin Bakri, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.167, Kudat yang hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut. Turut hadir ialah Jailani Ademan, Samson  Liew, Muayat  Katok, Johnny  Tutulon, Ariffin  Marudu dan  pegawai-pegawai  kerajaan,  pengerusi  JKK  dan  ketua-ketua kampung.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog