Top posts

Featured Posts

Luca Lucas akhirnya meminta maaf kepada seluruh warga Sabah

Sumber New Sabah Times


PADA 10 September lepas, ActionLine telah memaparkan aduan berhubung ketidakpuasan hati penduduk Sabah (terutamanya yang mempunyai akaun FB) terhadap tindakan seorang individu yang dikenali sebagai Luca Lucas, kerana telah memberi komen yang berunsur hinaan terhadap negeri dan juga rakyat Sabah.
Ketika dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mereka berjanji akan mengkaji aduan yang dikemukakan dan mengambil tindakan sepertimana yang dibenarkan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Luca Lucas menghina dan mengutuk orang Sabah. (Part 1)
Identiti Luca Lucas
 


Kini ActionLine menerima maklum balas daripada Pengarah Mineral dan Geosains Negeri Johor, yang memohon kerjasama untuk menyiarkan surat permohonan maaf daripada Mohammad Saufee bin Sehat yang merupakan salah seorang kakitangan di jabatan itu.
MCMC to look into alleged insult of Sabah by Facebook user

Menurutnya, berikutan nasihat daripada pihak SKMM Wilayah Sabah dan WP Labuan melalui surat yang bertarikh 23 September 2010, beliau melampirkan salinan surat permohonan maaf tersebut untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat disiarkan bagi meredakan ketegangan yang berlaku.

Berikut merupakan surat permohonan maaf daripada Mohammad Saufee bin Sehat ataupun Luca Lucas kepada warga Sabah, yang bertarikh 22 September 2010.

Kepada Warga Negeri Sabah, 
Melalui, Suruhanjaya Komunikasi Negeri Sabah, 

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Saya Mohammad Saufee bin Sehat, yang menggunakan nama samaran Luca Lucas bagi akaun Facebook, dengan rasa rendah diri ingin membuat permohonan maaf secara terbuka khusus buat warga Negeri Sabah yang merasa terhina, tersinggung dan terluka atas beberapa kenyataan saya di dalam laman Facebook Aduan Rakyat baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, saya menarik balik semua kenyataan saya yang tertera di laman Facebook berkenaan. Saya begitu kesal atas apa yang telah berlaku dan saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan saya itu. Saya juga menyedari, sebagai seorang penjawat awam, saya tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang komen, kritikan mahupun pendapat yang menggunakan kata-kata yang kasar sehingga boleh menyinggung perasaan sekaligus menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Besarlah harapan saya agar warga Negeri Sabah dapat menerima permohonan maaf ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada, dan apalah kiranya dapat memberi saya peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan apa-apa jua kekurangan diri saya.

Di sini juga, saya memohon maaf kepada keluarga saya dan juga buat warga Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia am dan JMG Johor khususnya di atas tindakan yang saya lakukan ini. Saya sama sekali tidak bertujuan untuk mencalarkan imej Jabatan dan segala pandangan yang saya lontarkan adalah merupakan pandangan peribadi saya sendiri.

Saya juga berharap, permohonan maaf secara terbuka ini akan dapat menjernihkan kembali keadaan dan menjadi titik permulaan ke arah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat untuk semua.

Akhir kata, sekali lagi saya berjanji sedaya upaya saya untuk menjaga tingkah laku dan tutur bicara saya. Saya juga akan berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa-masa yang mendatang.

Salam 1Malaysia
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MOHAMMAD SAUFEE B. SEHAT)

5 comments:

  1. can one letter forgets all the things he has done?
    i dont think so...

    ReplyDelete
  2. takde maaf bagi mu... luca lucas telah memalukan bukan sahaja warga sabah tpi seluruh warga malaysia... kenyataan seperti itu bukan jenis org mlysia yg berbudi perkerti.. mohon maaf seperti ini siapa2 pun ble buat... muncul dalam kaca tV laa minta maaf.. biar soma org tau siapa awak...

    ReplyDelete
  3. betul ka tidak nie...saya rasa tembirang jak kenyataan minta maaf nie...PALSUUUUU.....

    ReplyDelete
  4. whatever luca lucas!!!tell u what..why dont u give budak tadika jer dis funny letter..it isnt easy 4 d sabahan to forgive u..

    ReplyDelete

Search This Blog